Info

Orang ramai bantu kutip berterabur atas jalan raya.

BANGKOK – Berpuluh-puluh pemandu kereta dan penumpang mereka berhenti untuk membantu seorang wanita mengumpul wang tunai berjumlah 100,000 baht (RM12,498) yang bertaburan di atas jalan di Khon Kaen, wilayah Isaan, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wang itu ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang pekerja wanita tersebut tanpa sengaja.

Berdasarkan rakaman video dikongsikan oleh pengguna Twitter bernama Sutasinee Buachaban, sebilangan pemandu kereta meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk mengutip wang tunai bernominasi 1,000 baht (RM124.98) di atas jalan.

“Terima kasih kepada semua mereka yang berhati mulia. Saya telah menghubungi polis dan mereka telah memulangkan wang kepada pemiliknya,” demikian menurut kenyataan Sutasinee.

Menurut wanita berkenaan, seorang pemandu lori secara tidak sengaja meletakkan wang tersebut pada tangga pintu kenderaannya.

Dia kemudian terlupa mengenai wang itu dan terus memandu sehingga menyebabkan wang tersebut berterbangan di atas jalan raya.

Majikan pemandu tersebut, Supornthip Pakdee kemudian mendedahkan bahawa dia mengeluarkan wang berjumlah 100,000 baht (RM12,498) dari sebuah bank dan memberikan kepada pekerjanya untuk membeli sejumlah sayur akar ubi kayu.

Menurut Supornthip, dia mendapat semula sebilangan besar wang miliknya selepas orang ramai berjaya mengutip sebanyak 92,000 baht (RM11,498) di atas jalan.

Bagaimanapun, wang berjumlah 8,000 baht (RM999.84) lagi dilaporkan hiIang.

Tambah wanita berkenaan, dia tidak menyalahkan pekerjanya, namun berasa kesaI dengan kejadian itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : kosmo /

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *