Semasa

Bukan saya tak nak, siap ada yang lamar lagi tapi saya terpksa toIak

Melaka: “Ada yang melamar tetapi saya tolak.” Itu kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berhubung tawaran yang diterimanya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, tawaran diterima sebagai calon itu terpaksa dit0lak disebabkan tempat dan lokasinya tidak sesuai kerana di luar Melaka.

Norhizam yang popular dengan gelaran `YB Beliau’ berkata, tawaran diterimanya itu datang daripada beberapa pihak antaranya badan bukan kerajaan (NGO) dan gabungan tertentu meminta dirinya dicalonkan.

“Ada terima, tetapi tempat serta lokasi untuk bertanding bagi diri saya tidak sesuai dan saya tolak cara baik.

“Sekiranya di Melaka, tempat saya dilahirkan sudah tentu terima apatah lagi di Parlimen Hang Tuah Jaya, lagilah saya mahu,” katanya ketika dihubungi.

Norhizam yang sebelum ini bertanding sebagai calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu berkata, buat waktu ini beliau mahu berehat sebelum membuat kemunculan pada PRU akan datang.

Sementara itu, beliau berkata, untuk memenangi PRU-15 pada November depan, ketua pemimpin seperti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu perlu membuang ego demi rakyat.

“Demi untuk rakyat, penyatuan orang Melayu dan demi tvmpaskan Umno, perlu bergabung dan satu hati kerana untuk kalahkan Umno bukan satu perkara mudah bagi saya.

“Bagi pandangan saya, kalau itu tidak berlaku sukar untuk menang sebab di atas kertas Pakatan Harapan sudah berpec4h tiga. Kalau bergabung kekuatan ada di situ dan sebab itu Umno berani adakan PRU kerana pembngkang tidak sehati serta sejiwa,” katanya.

Menurutnya, rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan

“Rakyat keluar (mengundi) untuk memilih pemimpin maknanya mereka mahukan polisi yang baik sama seperti kita beli insurans tetapi kalau mereka keluar akhirnya dapat yang agak mengec3wakan sudah pasti rakyat kec3wa lagi.

“Saya dengar macam-macam daripada rakyat, kekec3waan sudah ada malah ada yang menyuarakan tidak mahu keluar mengundi kerana d4kwa mereka semua parti politik sama,” katanya.

Sumber : Hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *