Info

Kehidupan kami berubah 360° selepas gaji tidak dibayar sejak 2018

Kuala Lumpur: Pengawal keselamatan, penghantar makanan, pemandu e-hailing dan menjual semua koleksi bola sepak antara situasi dan pekerjaan yang dilakukan oleh bekas pemain Kuantan FA dan Marcerra United bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Berkongsi kisah sedih itu, bekas ketua pasukan Kuantan FA, Abdul Ghani Abd Rahman berkata, majoriti bekas pemain kelab terbab!t sudah ‘mengg4ntung but’ kerana kece wa dengan senario bola sepak tempatan.

Katanya, selepas gaji tidak dibayar oleh pemilik Kuantan FA sejak 2018 lalu, kebanyakan rakannya bekerja sebagai pengawal keselamatan, penghantar makanan dan macam-macam lagi.

“Kami semua tak sangka akan jadi sampai begini. Rata-rata kami tak bersedia untuk hadapi situasi macam ini, jadi ramai yang terp4ksa buat kerja sampingan dan kerja tetap macam pengawal keseIamatan.

“Ada juga yang terp4ksa jual semua barang barang simpanan dan barang rumah untuk bayar hutang-hutang yang ada.

“Memang sedih kalau nak cerita, sekurangnya tunggakan gaji dulu itu boleh lah ringankan bebanan kami,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Menerusi lap0ran eksklusif akhbar ini, seorang bekas pemilik kelab Kuantan FA dan Marcerra United bergelar Datuk Seri berdepan ris!ko dipenj4rakan selepas did4kwa dengan sengaja ingkar perintah mahk4mah untuk membayar tunggakan gaji berjumlah lebih RM6 juta membab!tkan 47 individu terdiri daripada bekas pemain dan pegawai pasukan Kuantan FA dan Marcerra United.

Pegu4m bela yang mewakili 47 individu terbabit, Fazreen Abu Bak4r berkata, tindakan pelaksanaan melalui prosiding komital terhadap def3ndan itu diambil kerana pihak yang terbabit gagaI dan cuai dalam mematuhi per!ntah mahk4mah.

Berdasarkan fakta kess, bekas pemain Kuantan FA menuntut sejumlah RM3 juta, manakala bekas pegawai pula sebanyak RM1.2 juta yang sangkut sejak 2018 lalu.

Tuntutan sama turut dibuat bekas pemain dan pegawai Marcerra United dengan anggaran keseluruhan RM2 juta, untuk menjadikan nilai keseluruhan lebih RM6 juta yang perlu diselesaikan pengurusan kelab terbabit.

Buat bekas pemain Marcerra United pula, Izer Hamkha Mohd Haizal, pembayaran tunggakan akan dapat membantu dan membuka jalan memulakan hidup baharu.

“Jika ia dapat diselesaikan, bukan saja dapat hilangkan tek4nan hidup tetapi juga boleh beri kami bernafas balik untuk bina hidup lebih baik,” kata Izer.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *