Info

“oh.. so sweet” Bestnya dapat suami macam ni.. ini idaman kami kaum hawa!

Perempuan memang suka membaca fakta-fakta sebegini, apatah lagi jika ustz bergambar sambil memegang penyapu atau mencuci pinggan. Alangkah bahagianya hidup dapat suami mengikut “hukvm IsIam” dan acuan “keluarga sunnah” seperti ini, fikir mereka.

Tetapi, saya tidak tahu, “IsIam” manakah dan “sunnah” siapakah yang dimaksudkan? Jika Islam yang diajar oleh RasuIuIIah SAW, baginda sendiri menyebut, “dan wanita menjaga rumah suaminya, dan bertanggungjawab di atas jagaannya.”

Jika sunnah RasuIuIIah, dalam Ṣaḥlḥ Muslim, RasuIuIIah sendiri bertanya ‘A’ishah RA kalau-kalau ada makanan yang tersedia di rumah untuk dimakan. Kerana tiada makanan, baginda pun berkata, “kalau begitu, saya berpuasa.”

Anak baginda sendiri, Fatlmah bt. Muḥammad yang juga isteri Saidina ‘Ali RA sampai kasar tangannya menguli tepung di rumah. Kerana penat, ‘Ali menyuruh Fatimah meminta seorang pembantu daripada ayahnya, RasuIuIIah.

Keluarga IsIam yang sebenar tidaklah acah-acah “sweet” sampai segala-galanya dipikul di bahu suami. Tidak juga zalim sampai menyek sa isteri.

Keluarga sunnah tertegak di atas realiti, bukan hidup dalam khayalan sampai si suami yang keluar bekerja mencari nafkah, tetapi dia jugalah yang perlu menyusukan dan menjaga anak.

[Muhammad Izzat Al-Kutawi]

Belajarlah seni rumahtangga dari sumber Al-Qvran & Sunnah bukannya pertunjukan media sosial mana-mana individu.

Sumber : Firdaus Wong Wai Hung

Drama tv3 slot akasia tu punca.hahaha

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *