Info

Kerana RM50,000 seorang ibu temui ajaI ditangan anak sendiri selepas wanita tersebut ditet4k.

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki dari Bandar Raya New York, Amerika Syarikat (AS) mengaku bersaIah atas tudvhan membvnuh ibu sendiri bagi mendapatkan wang pusaka bernilai AS$11,000 (RM49,890),  lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Tertvduh, Jared Eng, mengaku menyebabkan kematlan Paula Chin dalam kejadian yang berlaku dalam sebuah apartmen di kawasan kejiranan Tribeca, Manhattan pada 2019.

Jared berdepan hukvman penj4ra minimum 18 tahun atau maksimum seumur hidup yang akan diputvskan dalam satu persidangan mahk4mah pada 18 Oktober depan.

Lelaki itu memukvl dan menet4k ibunya semasa bertengk4r manakala salah seorang teman wanitanya, Jennifer Lopez membantu tertvduh membersihkan lokasi kejadian.

Pasangan itu kemudian did4kwa membawa m4yat Paula ke sebuah rumah di Morristown, New Jersey, di mana mereka didakwa bertemu dengan Caitlyn O’Roure, seorang lagi kekasih Jared.

O’Rourke did4kwa membantu Jared dan Lopez membu4ng m4yat m4ngsa ke dalam bekas sampah yang membawa kepada penemuan poIis dengan beberapa kesan tik4man dan objek tumpul pada kepalanya.

Polis turut menemui sarung tangan getah berd4rah dan pita pelekat di kedua-dua rumah itu serta mesej teks daripada Lopez kepada O’Rourke yang memberitahu bahawa pangsapuri Tribeca telah dibersihkan.

Dalam mesej teks lain, Jared turut menulis ‘saya telah bebas, masalah sudah disingkirkan’, demikian menurut pend4kwa raya.

Tertvduh menafikan dakw4an membvnuh semasa mula-mula ditahan dan memberitahu poIis bahawa dia pergi ke New Jersey untuk mendapatkan koleksi syiling yang disimpan di rumah milik keluarganya bagi membayar sewa.

Sumber : Agensi / utusanonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *