Info

Tak macam perempuan, lelaki tak pernah berubah bab pilih wanita?

#TabungJodoh

3 TAHAP GADIS PILIHAN JODOH?

Saya pernah tulis dulu, ada 3 tahap wanita dalam memilihan jodoh mereka.

1. Jika kita masih muda remaja jelita, keutamaan mereka dan adalah kacak sahaja. Semakin ‘korea muka’ lelaki itu, makin jadi kegilaan disekolah dan kolejnya. Ensem adalah matlamat utama.

“Ensem macam oppo bf kau doh!” Bahasanya. Bangga berbunga bunga.

2. Bila semakin dewasa, kacak bukan keutamaan. Tetapi kewangan dan kerjaya menjadi matlamat utama dalam pemilihan pasangan hidup.

“Bagus kerja ya abang Wahid nie, kerja pilot”

“Suka tengok abang caprice pakai baju bomba, nampak macam “abang bomba” Dataran Merdeka.”

3. Bila mereka dah stabil, kaya dan matang, mereka hanya fokus mencari lelaki yang boleh bimbing mereka kejalan agama dengan baik.

“Tak percayalah bang”, tanya Kak Loffa contoh terdekat kita. Abang Haris buktinya.

4. Lelaki mudah sahaja hidup mereka. Sejak muda sampailah tua bangka, pilihannya tetap sama. Mereka hanya pilih yang MUDA, CANTIK dan MANJA! sahaja. Fitrahnya begitu.

“Tak caya lah bang?” Kau tanya Sifo Saham dik kalau tak caya!

Maka,

Pilihlah mana yang baik buat hidup kita.

Jangan peduli orang nak kata apa, kita yang akan hadap pasangan kita sampai tua.

Muka macam gorila kalau dia kaya apa salahnya, kita yang hadap tiap hari.

“Yang kak Ros jelos sangat suami saya kaya tapi muka gorila dah kenapa?”.

Rezeki masing masing, kita dokakan sahaja agar dapat suami lagi kaya dari dia! Padan muka dia. Woha!

Cinta itu buta dik, tak selalunya indah.

Abah Qilah
Ensem Tak Boleh Kenyang

 

Sumber : fb Azizul Azli Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *