Info

Kepulangan Yang Dinanti.. Aman Shah meninggalkan kita semua asbab k0mplikasi…

~ Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un ~

Salam Takziah buat keluarga dan waris atas kembalinya ke Rahmatullah penyanyi Aman Shah Bin Abu Kassim… Semoga r0hnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin… Al-Fatihah

Terkenal dgn lagu raya Kepulangan Yang Dinanti…

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim meninggaI dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi ak!bat masaIah jantung.

Berita sedih ini dikongsi oleh rakan-rakan penggiat seni antaranya komposer Fauzi Marzuki dan pelakon Anne Abdullah di media sosial Facebook masing-masing.

Anne memberitahu, AIIahyarham berada dalam keadaan kritikal pagi tadi sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Zohor hari ini.

Sementara itu, Harian Metro berjaya menghubungi pelakon Lizawati Hamdan yang berada di IJN dan turut mengesahkan perkara terbabit.

“Saya baru melihat jen4zahnya sebentar tadi. AIIahyarham dimasukkan ke IJN sejak Rabu lalu dan punca kemat!annya ak!bat masaIah jantung,” katanya.

Aman amat diingati peminat dengan lagunya Kepulangan Yang Dinanti yang sering dimainkan semasa ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *