Info

“Kenangan sekoIah rendah” Sebab t4kut nak meng4du kat guru dan makbapak, akhirnya diri sendiri yang mer4na.

Setiap orang pastinya mempunyai memori zaman kanak-kanak yang sentiasa akan membekas di hati. Sama ada suka atau duka, ia menjadi ‘babak’ yang akan terus diingati dan ‘dimainkan’ dalam benak fikiran.

Malah, bila sudah meningkat dewasa, memori ketika di zaman sekolah akan kembali ‘menghantui’ dan menjengahkan rasa rindu. Terimbas semula segala kenangan, gelak tawa dan canda bersama kawan-kawan ketika di sekolah.

Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai kenangan yang indah ketika di zaman sekolah. Ada yang trauma, terpaksa menjalani hidup dengan memori yang penuh kelam dan kepahitan.

Seperti seorang pemuda ini yang berkongsi kisah zaman sekolahnya sebagai seorang pelajar yang datang dari keluarga miskin. Menurutnya, dibuli adalah perkara biasa yang perlu dilalui ketika di zaman sekolah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisahnya, mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Begitulah antara situasi yang dihadapi oleh pelajar di sekolah hanya disebabkan status diri yang dianggap miskin. Pun begitu, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku tambahan pula mangsa memerlukan sokongan daripada pelbagai sudut.

Tambah-tambah lagi jika mangsa takut untuk mengadu kepada guru-guru ketika di sekolah. Malah mungkin ada juga takut dimarahi ibu bapa apabila pulang ke rumah atau kasihan pada mereka yang penat membanting tulang mencari rezeki. Jika boleh tak mahu mereka sedih dan risau.

Maka kisah buli tersebut berlalu menjadi trauma dan memberi kesan kepada mental sehingga dewasa. Lebih tragis, keadilan tidak dapat ditegakkan.

Jangan takut, mangsa buli buat aduan sekarang

Bagaimanapun, sekarang sudah ada portal aduan buli oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Nasib murid-murid yang menjadi mangsa buli kini terbela.

Bagi adik-adik yang menjadi mangsa buli, tak usah risau dan takut, anda tidak bersendirian. Layari laman web portal aduan buli KPM DISINI.

Sebaik aduan dihantar, KPM akan melakukan penelitian mendalam untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan mana-mana sekolah yang terlibat tidak akan dianaktirikan.

Pelajar yang didapati bersalah akan menerima hukuman disiplin iaitu dirotan tidak lebih dari tiga kali, digantung dari sekolah selama 14 hari atau dibuang dari sekolah.

Ramai mangsa buli yang berdiam diri kerana tiada tempat untuk mengadu. Kesannya ada yang tertekan sehingga menjadi depresi.

Pun begitu kini ada banyak saluran untuk meluah termasuk portal aduan buli KPM untuk membela nasib mereka.

Sumber : sk

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group percuma. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *