Info

Izwan Azir tervk dikec4m selepas menyifatkan netizen tidak punya rasa s!mpati atas kem4ngkatan ratu

Kenapa sampai perlu berkata-kata  “kalau ratu tak merdekakan tanah melayu, agaknya apa jadi kat kita? Eh dia lupa ke rukun negara dan rukun iman percaya kepada tuhan, setia kepada raja dan negara? Wah.. sampai peluk potret ratu kau ye! ~ netizen.

Penyampai radio, Izwan Azir Saleh memuat naik sebuah hantaran di akaun Instagramnya meluahkan rasa kes4l dengan sikap segelintir wargamaya yang did4kwa tidak menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Menerusi hantarannya, Izwan menyifatkan komen yang ditinggalkan oleh segelintir wargamaya sebagai m!skin s!mpati dan tidak habis belajar Sejarah.

Ujarnya lagi, rakyat Malaysia masih tidak dapat hidup bebas jika Ratu Elizabeth menolak untuk memperoleh kemerdekaan ketika Tunku Abdul Rahman ke London dahulu.

“Komen-komen begitu bukan sahaja menunjukkan kita m!skin rasa s!mpati tapi tak habis belajar Sejarah.

“Bayangkan jika pemergian Tunku Abdul Rahman ke London dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan, ditoIak Ratu Elizabeth, agak-agaknya kita boleh hidup bebas ke hari ni?,” tulis Izwan.

Bukan itu sahaja, Izwan turut meminta wargamaya untuk mengenang jasa kepada baginda kerana telah mengurniakan kemerdekaan kepada Malaysia.

“Daripada kaitkan harga barang dengan kemangkatan baginda, kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita.

“Boleh saja jika Baginda men0lak untuk mengurniakan kemerdekaan tapi kerana baginda merasakan Malaya sudah boleh mengurus negaranya sendiri, baginda sanggup melepaskan satu daripada tanah jajahannya,” ujarnya lagi.

Menerusi hantaran tersebut, memperlihatkan penyampai radio tersebut memeluk sebuah buku yang mempunyai wajah Ratu Elizabeth.

Dalam pada itu, ada segelintir pengguna Twitter memberi reaksi kurang senang dengan hantaran Izwan dan menganggapnya seperti mengagung-agungkan pemerintahan Ratu Elizabeth II.

 

Sumber : ohbulan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *