Info Semasa

Nampak bumbung rumah kakak terb4ng, sekali balik rumah teng0k rumah sendiri pun musn4h.

Rembau: “Rumah kami bergegar kuat sebelum bahagian bumbung tercabut diterbangkan ribut kencang,” ujar Rozita Abdul Wahab, 58, berhubung bencana ribut yang merosakkan rumah ibu dan kakaknya di Kampung Tanjung Berangan Sepri di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, rumah kakaknya Anita Abdul Wahab, 59, dan ibu yang terletak bersebelahan rosak teruk pada bahagian bumbung kediaman.

Katanya, ketika kejadian dia berada di rumah ibunya namun rumah kakaknya tidak berpenghuni kerana keluar bekerja.

“Kejadian berlaku secara tiba-tiba dan pantas. Langit yang cerah bertukar gelap disusuli hujan lebat dan ribut petir.

“Saya dan ahli keluarga berada di rumah emak. Namun kami nampak dengan jelas bumbung rumah kakak tercabut diterbangkan angin,” katanya tadi.

Sementara itu anita yang juga guru di institut memandu berkata, dia tidak berada di rumah ketika kejadian kerana sedang bekerja.

“Saya bergegas pulang sebaik dimaklumkan kejadian itu. Sebaik tiba di rumah, saya terkejut mendapati bumbung rumah hilang entah ke mana. Rumah rosak teruk,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Mohd Izwan Md Said, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu menyebabkan rumah anak perempuan mangsa mengalami kerosakan 80 peratus manakala rumah ibu bapanya pula hanya tercabut bumbung.

“Anak perempuannya mengalami kerugian harta benda antara RM50,000 hingga RM100,000 selepas bumbungnya tercabut selain kerosakan barangan elektrik dan perabot.

“Keseluruhannya terdapat empat rumah yang terjejas dengan kejadian itu, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

Sumber : hm

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group percuma. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *