Info

(video) PerIawanan bolasepak terp4ksa dihentikan gara-gara awek salah seorang pemain masuk ke padang

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita berjalan ke tengah padang ketika perlawanan bola sepak diadakan untuk memanggil teman lelakinya supaya pulang, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @fakta.indo.

Kelihatan satu perIawanan bola sepak sedang berlangsung dengan ramai penonton menyaksikannya di luar padang.

PerIawanan tiba-tiba terhenti apabila seorang wanita yang memakai topi keledar berjalan masuk ke tengah padang menuju ke arah salah seorang pemain.

Penonton dan pengulas mula bersorak berikutan kehadiran wanita itu.

Wanita itu rupa-rupanya ingin bertemu teman lelakinya. Pemain itu berasa janggal dan segera berjalan keluar padang bersama teman wanitanya.

Sorakan penonton semakin ketika pasangan itu beredar.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau saya, saya berasa malu,” kata seorang netizen.

“Tiada adab apabila mengaibkan pasangan di khalayak ramai,” komen netizen lain.

Video :

 

 

Tak dapat dipastikan apakah hal mustahak tersebut sehingga pemain bola terbab!t menuruti kemahuan teman wanitanya dan meninggalkan perIawanan. Andai kata sekiranya kerana masalah peribadi dan bukan hal kecem4san, sangatlah tidak patut. Wanita tersebut jelas menunjukkan dia seorang queen control.

Belum jadi isteri, si lelaki tu dah kena gari awal-awal ke? Kalau dah kahwin nanti habislah si lelaki tu. Seloroh netizen.

Sumber : Agensi / kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *