Info

Apa dah jadi ni Studio kembara? Sorang-sorang kena k!ck ke?

Baru-baru ini, pelakon Johan As’ari atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari meluahkan rasa kecew4 apabila dia secara tiba-tiba digvgurkan oleh syarikat penerbitan, Studio Kembara untuk hadir ke Malam Gala di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini.

Ujar Johan yang juga merupakan pelakon bagi filem Mat Kilau: Kebangkitan PahIawan memegang watak sebagai Yassin, dia tidak menyangka keputusan yang diambil oleh pihak Studio Kembara yang dianggap tidak relev4n.

Malah, dia turut menganggap perkataan ‘digvgurkan’ digunakan oleh syarikat tersebut kerana ia kedengaran tidak manis dan memberi pemahaman yang berbeza.

“Saya tertanya-tanya mengapa mereka menggunakan perkataan digvgurkan. Tak adakah perkataan lebih indah untuk digunakan?

“Saya anggap kelakar dan tidak profesional. Kalau saya tak pergi pun saya okey. Kalau saya dijemput oleh pengedar atau figura dari sana pun saya okey. Saya tak kisah keluarkan perbelanjaan sendiri,” katanya.

Terdahulu, Johan pernah meninggalkan sebuah komen pada hantaran yang dimuat naik oleh rakan selebritinya, Adi Putra yang seolah-olah menyokong keputusan yang dibuat oleh aktres itu untuk tidak hadir ke acara tersebut.

Dalam komen tersebut, Johan menyatakan dia berasa berat hati untuk hadir ke Malam Gala filem Mat Kilau di Jakarta jika pelakon utama itu sendiri enggan untuk hadir.

Sumber : Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *