Info

Dah la saya tak sempat salam suami, tak sangka gurauan dia benar-benar terjadi.

Kuala Terengganu: “Tak sangka gurauan suami mahu ke laut lebih lama jadi kenyataan,” luah Rahimas Yusof, 45, apabila suaminya Saludin Ismail, 48, ditemukan lemas dalam kejadian bot k4ram di perairan Pulang Redang, di sini, hari ini.

Menurutnya, arwah suami bercadang membuat lebih banyak bubu untuk dipasang di kawasan yang lebih jauh serta mengambil masa lebih tiga hari untuk pulang ke rumah.

“Dia ada bercakap begitu ketika berbual sambil minum petang, Khamis lalu. Saya terkejvt dan tidak menyangka gurauan suami untuk ke laut lebih lama kerana mahu memasang bubu menjadi kenyataan selepas menerima panggilan dari Balai P0lis Pulau Redang tengahari semalam.

“Saya terkiIan kerana tidak sempat bersalam dengan arw4h kerana pergi rumah ipar sebelum suami turun ke laut Ahad lalu.

“Saya ada hantar pesanan WhatsApp kepadanya Isnin lalu tetapi tiada balasan walaupun nampak dia membaca mesej yang dihantar. Biasanya arw4h akan menghantar mesej bertanya khabar setiap kali berada di laut,” katanya dari Kampung Cherang Ruku, Semarak, Pasir Putih, Kelantan.

Tambahnya, arw4h suami bukannya seorang nelayan tetap, sebaliknya lebih banyak membantu rakannya mencari pendapatan menangkap ikan di laut.

“Dia yang juga seorang peniaga besi buruk sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membeli bot selain membeli peralatan untuk membuat bubu bagi membantu meringankan k0s sara hidup rakannya,” katanya.

M4yat Saludin ditemui secara berasingan bersama dua lagi rakannya, Mohd Nazri Abu Bakar, 48 dan Zulkifli Umar, 48, antara jam 11 pagi dan 1.30 petang tadi.

Selain Saludin, Mohd Nazri, Zulkifli, turut menjadi m4ngsa tragedi bot k4ram adalah, Ahmad Zamri Ishak, 60, Raja Zainuddin Raja Ibrahim, 49, dan Muhamad Kamaruddin Yusuf, 31.

Dua lagi rakan Saludin iaitu Ahmad Zamri dan Raja Zainuddin yang hiIang selepas bot dinaikinya terbalik belum ditemui, manakala Muhammad Kamaruddin selamat dalam kejadian, kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Ke semua m4ngsa dikatakan keluar untuk memancing ikan dan memasang bubu di perairan Pulau Redang kira-kira jam 9 malam, Ahad lalu.

Bot dinaiki m4ngsa dikatakan k4ram selepas dipukuI ribut ketika berlabuh untuk menunaikan soIat, kira-kira jam 10 malam, semalam.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *