Info

Mengh!dap kan ser sejak berusia setahun 3 bulan, keluarga berterima kasih kerana ramai sumbang duit untuk Nur Arisha.

Kota Kinabalu: Hasrat pesak!t ba rah tulang belakang, hati dan paru-paru kanak-kanak untuk pulang ke Tenom, Sabah buat pertama kali dan menemui datuknya hampir menjadi kenyataan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, hari ini.

Nur Arisha Luthfia Muhammad Norhafiz Kelfry, 4, tiba pada 4.05 petang bersama ibu Nur Atiqah Abd Samad, 29; bapa Muhammad Norhafiz Kelfry Abdullah, 37; dan kakaknya, Nur Aisyah Luthfia, 6.

Mereka sebelum itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 1.35 tengah hari, dengan kos hasil dana dikutip Persatuan Sokongan Anak-Anak Kan ser (Pesona).

Nur Atiqah berkata, sangat bersyukur kerana urusan perjalanan ke Sabah dipermudahkan dan berterima kasih kepada Pesona yang banyak membantu hingga membolehkan mereka membawa pulang Nur Arisha Luthfia.

Katanya, anak bongsu itu yang di bawah penjagaan paIiatif kerana tiada harapan lagi bagi rawatan kan ser, tidak pernah menjejakkan kaki ke Sabah sejak dilahirkan.

“Tenom adalah kampung suami dan sudah empat tahun kami sekeluarga tidak pulang ke sana. Mengikut perancangan, kami akan pulang akhir tahun kerana perlu mengumpul wang dahulu.

“Bagaimanapun, rezeki kami apabila pesona sudi membuat kutipan dana bagi membiayai tiket pergi dan balik kami sekeluarga hingga dapat pulang lebih awal daripada waktu dirancang.

“Cuma, kami sekeluarga akan bermalam di sini dahulu sebelum bertolak ke Tenom, esok menaiki kereta sewa,” katanya ketika dihubungi.

Berkongsi penyak!t anak bongsunya, Nur Atiqah berkata, Nur Arisha Luthfia dis4hkan mengh!dap ba rah sejak usia setahun tiga bulan dan pernah menjalani raw4tan di H0spital Tunku Azizah (HTA), di sini.

Katanya, kelmarin, Nur Arisha Luthfia hilang upaya untuk berjalan, apatah lagi berlari dan perlu didukung atau menaiki kereta sorong.

“Saya tak rasa susah sepanjang membesarkannya kerana dia seorang anak yang mudah diurus, malah kelahirannya satu anugerah AIIah buat kami.

“Walau dalam penjagaan paliatif, kami akan tetap berusaha sedaya upaya, mencari ikhtiar mer4wat kan sernya dan berharap orang ramai turut mendoakan kesembuhan buat anak saya,” katanya.

Nur Atiqah berkata, dia reda dengan takdir Ilahi buat anaknya, namun tetap tersentuh hati apabila Nur Arisha Luthfia mempersoalkan mengenai dirinya yang berbeza setiap kali melihat kanak-kanak normal.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pesona, Jamilah Osman berkata, projek Arisha Pulang dianjurkan pihaknya dengan sokongan orang ramai.

Katanya, hampir 400 pesakit barah kanak-kanak dari seluruh negara di bawah naungan Pesona yang mana badan bukan kerajaan (NGO) itu akan membantu sedaya upaya menjaga kebajikan dan menggembirakan mereka.

“Apa yang dilakukan Pesona lebih kepada membantu, menggembirakan dan merealisasikan pesak!t cilik ini seperti impian Nur Arisha Luthfia,” katanya.

Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *