Info

Sekali lagi jadi hero tapi kali ini dalam filem ser4m jerangkung dalam almari.

Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/sya!tan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

MINAT mendalam terhadap filem bergenre ser4m telah mencetuskan idea buat pengarah, Shadan Hashim untuk menghasilkan filem berjudul Jerangkung Dalam Almari.

Tambahan pula, filem ser4m juga dilihat menjadi antara genre filem yang cukup diminati dan sering mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton filem tempatan.

Ujar Shadan, idea untuk menghasilkan filem Jerangkung Dalam Almari terce tus selepas dia mendapati masih terdapat perbuatan syirik yang masih dilakukan oleh segelintir masyarakat pada hari ini.

“Melihat kepada keadaan semasa, adakalanya saya agak terg4nggu apabila menyedari perbuatan sy!rik masih lagi dilakukan segelintir masyarakat dan kerana itu saya harus mengutarakan isu ini.

“Pada masa sama, saya adalah penggemar filem-filem ser4m dan Jerangkung Dalam Almari ini dihasilkan sebagai memberi penghormatan (pay homage) buat pembikin-pembikin filem seram yang saya gemari,” ujarnya.

Sebelum ini, Shadan pernah menghasilkan sebuah filem seram iaitu Volkswagen Kuning, selain bergelar sutradara menerusi filem Haru Biru dan Cinta 200 Ela.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Shadan berkata, filem terbitan syarikat produksi Akid Productions Sdn. Bhd dan penerbit Raja Azmi itu menceritakan tentang tiga orang adik-beradik yang membiarkan sya!tan bermaharajalela di dalam dada mereka sehingga berden dam dan prasangka terhadap diri masing-masing.

Ujarnya, walaupun Jerangkung Dalam Almari ialah sebuah filem bergenre ser4m, namun mesej kekeluargaan yang diketengahkan menjadi tunjang kepada jalan cerita filem tersebut.

Tambahnya, filem yang telah menjalani penggambaran selama 26 hari itu perlu menampilkan sesuatu yang luar biasa memandangkan hantu jerangkung sendiri memang jarang diangkat berbanding kisah hantu lain seperti puntianak, orang minyak dan hantu raya.

“Saya bertanya pada diri bagaimana untuk menghasilkan sebuah filem ser4m yang baik, tanpa adegan klise seperti wanita terapung, melekat di dinding atau menjerit apabila ayat-ayat al-Qvran dibaca, seperti kelaziman.

“Jadi filem ini mencabar kreativiti saya untuk menghasilkan adegan seram yang lebih mencemaskan, menunjukkan cara yang lebih kreatif untuk mengatasi anc4man jin dan yang paling mencabar ialah untuk memunculkan makhluk jerangkung itu sendiri,” ujarnya.

BAKAL menghantui penonton di pawagam seluruh negara bermula 4 Ogos depan, filem Jerangkung Dalam Almari menyorot kisah tentang Fikri lakonan Adi yang tidak tenteram akibat g4ngguan lembaga dari dalam sebuah almari.

Identiti ser4m

Jelas Shadan, dia cuba mencari identiti filem ser4m yang dekat dengan masyarakat. Jadi, dia percaya penonton akan terhibur dengan jalan cerita dan elemen kejvtan yang terdapat dalam filem Jerangkung Dalam Almari.

“Pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Effendi memberikan lakonan berkualiti dan faktor ini juga pasti akan menarik penonton ke pawagam,” ujarnya.

Filem Jerangkung Dalam Almari yang ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 4 Ogos 2022 mengisahkan tentang kehidupan Fikri lakonan Datuk Adi Putra yang tidak tenteram kerana sering dig4nggu jelmaan dari dalam almari.

G4ngguan yang dialaminya itu telah memberi kesan sehingga meng4ncam ny4wa isterinya, Shikin (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Issac Iman).

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri telah pulang semula ke rumah lamanya di kampung, namun terp4ksa membuat perhitvngan dengan abangnya, Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik anc4man jerangkung di dalam almari.

Sumber : kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *