Info

Kami cuba sedaya upaya bantu rakyat.Harga minyak masak akan berubah setiap bulan.

Annuar berkata keputusan penetapan harga maksimum tersebut dibuat berdasarkan harga CPO yang akan diumumkan oleh MPOB pada setiap awal bulan – Foto faiI

KUALA LUMPUR: Kerajaan memu tuskan bahawa harga maksimum bagi minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi dalam botol lima kilogram (kg) ditetapkan secara bulanan.Bagi bulan ini, harga minyak masak tersebut ditetapkan pada harga RM34.70 bagi Semenanjung dan berkvat kuasa mulai 8 Ogos.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan penetapan harga maksimum tersebut dibuat berdasarkan harga Minyak Sawit Mentah (CPO) yang akan diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada setiap bulan.

Jelas beliau lagi, satu kaedah pengiraan akan ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setelah berunding dengan pemain-pemain industri bagi memastikan margin keuntungan.

“Bagi bulan Ogos, MPOB telah memaklumkan harga minyak sawit purata bagi bulan yang lepas iaitu bulan Julai, ialah pada RM4,631 matrik tan. Berdasarkan pada harga tersebut, harga jualan minyak masak dalam botol lima kilogram telah diputuskan untuk ditetapkan pada RM34.70.

“Dari tarikh yang diumumkan hari ini, yakni sekarang, penguatkuasaan di kedai-kedai di peringkat runcit hendaklah mula dilaksanakan tujuh hari kemudian iaitu bermula 8 Ogos ini.

“Bermakna minyak masak lima kg pada masa ini antara RM39 dan RM40 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70.

“KPDNHEP akan ambil langkah untuk wartakan harga maksimum yang ditetapkan ini dan ia dibuat dalam tempoh seminggu bagi membolehkan pelaksanaan dilakukan pada 8 Ogos.

“Pada bulan-bulan akan datang, keadah sama akan dikekalkan di mana setiap 1 hari bulan… MPOB akan buat pengumuman harga,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *