Info

MenyesaI biar keIuarga campurtangan. Ibu ini nek4d ‘panjat’ JPN buangg ‘Muhammad’ pd nama anak

SETIAP pasangan pastinya ada piIihan nama tersendiri untuk diberikan kepada cahaya mata mereka.

Namun lain pula ceritanya melibatkan pasangan ini apabila pilihan nama Luth Hayden untuk bayi lelaki suIung yang dilahirkan pada 23 September tahun lalu mendapat tenta.ngan ahli keluarga.

Menurut Sherry, 24, dia dan suami Muhammad Aiman Hakim, 27, akhirnya memilih nama Muhammad Luthfi Hayden kerana enggan berteIagah dengan orang sekeliling ketika masih dalam proses berpant4ng.

VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Masa mengndung, saya dan suami dah bincang nama anak. Kami nak letak nama Luth Hayden, sempena nama Nabi Luth. Kami suami isteri tak gemar nama panjang-panjang. Lepas balik bersalin ramai yang campurtangan.

“Ramai tak setuju nama Luth memandangkan k4um Nabi Luth yang dikaitkan dengan amaIan s0ngsang. Saya berteIagah dengan seseorang dalam keluarga mengenai hal itu, saya pula dalam pant4ng.

“Jadi kami letak nama Muhammad Luthfi Hayden. Dah la nama suami saya pun panjang. Setiap kali nak tulis kat buku monthly check up, nama penuh anak tak muat, kena tulis sampai bawah. Lama-Iama saya dan suami berbincang untuk tukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Akhirnya selepas lama tersek4t dengan kek4ngan masa, pada Mei lalu kami berjaya tukar nama anak kepada Luthfi Hayden” ujar wanita dari Melaka itu kepada mstar.

Menurut Sherry, dia dan suami membuat carian awal mengenai proses pertukaran nama itu, malah mereka berdua cukup gembira kerana ia berjaya diseIesaikan dalam tempoh singkat.

Sherry turut berkongsi kisah itu menerusi video di TikTok sehingga dia dihujani pelbagai soaIan netizen yang keIiru dan tidak faham mengenai proses berkenaan.

Saya dan suami pot0ng perkataan ‘Muhammad’ sebab tak mahu nama anak panjang… ia pilihan masing-masing.
SHERRY

“Saya dan suami pergi ke JPN Melaka. Mereka bagi senarai dokumen apa yang perlu kami sediakan. Esoknya kami bawa dokumen seperti sijil keIahiran anak, surat nikah serta salinan kad pengenaIan kami. Prosesnya siap dalam satu jam.

“Jadi saya berkongsi pengaIaman itu di TikTok, rupa-rupanya ramai lalui benda ni. Mereka mesej dan tanya pelbagai soalan. Ramai rupanya tak tahu nama anak boleh ditukar sebelum umur setahun. Kalau yang umur lebih setahun, saya tak tahu prosesnya,” ujar Sherry lagi.

Berbeza dengan aplikasi TikTok, video Sherry yang tuIar di Instagram dan Facebook bagaimanapun meraih reaksi berbeza daripada netizen yang mempersoaIkan tind4kan dia dan suami membu4ng perkataan ‘Muhammad’ pada pangkal nama anaknya.

sherry2

Bayi comeI ini dilahirkan pada 23 September tahun lalu.

“Selain TikTok, saya juga kongsi video di Instagram, kemudian video tu masuk juga ke Faceb0ok. Ramai yang persoal kenapa kami buang nama Muhammad? Mereka pertika!kan keputusan kami. Mereka kata, mesti saya tak tahu nama Muhammad tu bagus, akan dipanggil lebih cepat di akh!rat.

“Pada saya, ia terpulang kepada individu. Sebab saya yang lahirkan anak saya. Sesiapa saja boleh nas!hat, tapi ia terpulang kepada saya dan suami. Kami pot0ng nama Muhammad sebab tak mahu nama anak panjang. Bagi saya, ia pilihan masing-masing,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sherry turut menitipkan pesanan kepada pasangan yang baru melahirkan cahaya mata agar tetapkan pend!rian dan tidak terikut-ikut cakap orang seperti yang dilaluinya sebelum ini.

sherry3

Muhammad Luthfi Hayden kini dikenali sebagai Luthfi Hayden selepas melalui pr0ses pertukaran nama di JPN baru-baru ini.

“Orang lain boleh bagi pendapat, tapi jangan harapkan pendapat itu akan diambil sebagai keputusan akhir. Berbincang dengan suami sudah memadai.

“Cuma berbeza situasi saya, masa tu saya tengah pantang, saya tak mahu g4duh-gaduh dengan sesiapa. Sebab tu saya terima cadangan orang. Waktu tu, hanya Tuhan yang tahu em0si saya.

“Saya yang kena jah!t masa bersalin tapi orang lain tentukan hak atas nama anak saya. Saya kata pada suami, yang mengndung seorang, tapi balik rumah ramai pula emak.

“Tapi AlhamduliIIah sekarang dah tak ada isu selepas saya tukar nama anak. Saya buat keras kepaIa demi yang terbaik untuk anak saya,” ujarnya.

Untuk rekod, video itu meraih lebih 100,000 tontonan di TikTok.

Sumber : mstar

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Page ini berkongsikan berkaitan info, keagam4an, hiburan, trending, issu semasa.

Jemput juga join group percuma. Utk berkongsi kata2 hikmah & positif ==> JOIN GROUP

Ikuti artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *