Hiburan

Ya percuma ya percuma tetapi terhad kepada 2000 orang terawal sahaja!

(KOTA BHARU KELANTAN)

Tayangan Percuma Mat Kilau Di Kelantan 24 Julai Ini.

KOTA BHARU: Seramai 2,000 penonton bertuah akan menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan PahIawan secara percuma pada 24 Julai (Ahad) ini, sempena berlangsungnya Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.

Filem bi0grafi epik yang sarat dengan mesej patri0tisme itu akan dipertontonkan kepada rakyat Kelantan yang bertuah pada 8 malam, bertempat di Kompleks Yayasan Kem!skinan Kelantan (YKK) Melor di Kota Bharu.

Penyelaras program bagi tayangan filem tersebut, Ahmad Termizi Musa berkata tiket percuma itu akan diedarkan kepada rakyat yang bertuah melalui wakil yang dilantik oleh pihaknya di setiap jajahan di negeri ini.

Beliau berkata Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai pawagam namun sempena Jelajah AKM kali ini, pihaknya berusaha men0njolkan suasana umpama berada di dalam pawagam dengan memberi keselesaan dan pastinya kenangan yang cukup bermakna kepada penonton yang hadir.

“Selain itu, tayangan filem Mat Kilau ini juga adalah antara usaha kita untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan Keluarga Malaysia Tegvh Bersama,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Jelajah AKM Kelantan yang berlangsung 22 hingga 24 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, menyediakan pelbagai acara menarik seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, gerai pameran agensi dan kemen terian, persembahan tradisional, bekwoh (kenduri), persembahan kebudayaan dan pertandingan Muay Thai.

Menjelas lanjut, Ahmad Termizi berkata keseluruhan kawasan di tempat tayangan itu akan ditutup kerana hanya 2,000 penonton terpilih akan dibenarkan untuk menonton filem itu dan pihaknya juga akan mengasingkan tempat duduk antara penonton lelaki dan wanita.

“Dari segi kawalan pula, kita akan pastikan semua penonton tidak membuat sebarang rakaman semasa tayangan filem itu disiarkan. Sekiranya kita dapat men4ngkap individu yang ingkar dengan arahan ini, petugas akan mengarahkan penonton berkenaan keluar dengan serta-merta dan memadam video rakaman berkenaan,” katanya.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan PahIawan arahan pengarah Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof mula ditayangkan pada 23 Jun lepas termasuk di Singapura dan Brunei serta berjaya meraih kutipan tiket berjumlah lebih RM80 juta, setakat ini.

Antara pelakon hebat yang membarisi filem ini adalah Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali dan pelakon dari seberang yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.

Sumber : Bernama / IBNK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *