Info

Ya kami dah bercer4i tetapi masih berkawan baik ~ Anwar Hadi

Pelakon dan pers0naliti dalam talian, Anwar Hadi memaklumkan dirinya kini telah sah bercer4i dengan isteri yang juga penyanyi, Takahara Suiko.

Perkhabaran tersebut dikongsikan Anwar menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

Bagaimanapun, pelakon drama EX Aku P0ntianak ini memberitahu, dia dan bekas isteri akan terus berkawan baik sampai bila-bila.

“Kami dah bukan lagi suami isteri. Kami masih berkawan baik.

“Terima kasih @takaharasuiko untuk masa, ruang, kesabaran, empati, gelak tawa, air mata, senyum manis, kata-kata galakan, kepercayaan dan memori,” tulisnya.

Malah, dia juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat bekas isterinya itu diatas segala kenangan dan memori indah sepanjang berumah tangga.

Dalam pada itu, Takahara atau nama sebenarnya Izzaty Khalir turut menyifatkan hubungan ini harus berakhir demi kebaikkan bersama.

“Kami lebih baik sebagai kawan. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama dan ia berjalan dengan sangat lancar. Sewaktu proses ini berlansung, kami masih lagi bergurau dan bersembang seperi hari-hari biasa.

“Sudah tentu saya men4ngis. GiIa tak menangis. Tapi jalani terapi secara sendiri ini banyak mengajar saya memberi kefahaman terhadap situasi ini.

“Hubungan rom4ntik ini harus berakhir demi kebaikkan bersama. Kami mempunyai visi yang berbeza mengenai sesuatu perhubungan itu. Kami ditakdirkan untuk berpisah.

“Saya sedang mengambil masa untuk memproses tentang semua perkara ini sejak beberapa bulan yang lalu. Saya sangat menyayanginya dan saya tak boleh pentingkan diri. Jadi saya lepaskan dia pergi,” katanya.

 

Sekadar informasi, Anwar dan Izzaty telah mendirikan rumah tangga padal tanggal 5 Disember 2015.

Kredit Foto : Instagram Anwar Hadi & Takahara Suiko

Sumber : MediaHiburan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *