Hiburan Info

“Tak akan lepaskan ke pasukan lain” Saya sendiri yang akan uruskan karier Damok sampai ke peringkat seterusnya ~ Zulfahmi

Susulan penampilan cemerlang Syarifuddin Azman dalam JuniorGP musim 2022, tempat untuk berada dalam mana-mana pasukan Moto3 sangat cerah namun ia tak semvdah itu kerana untuk berada dalam Moto3 bukan hanya memerlukan prestasi semasa yang baik tetapi perlu bawa kewangan melalui menajaan yang cukup dan umum tahu tanpa bajet, tipis untuk pelumba ber4ksi dalam World Championship.

Sebelum ini SIC meletakkan sas4ran kepada bakat mereka dimana Hakim Danish perlu mendapat tempat ke-3 keseluruhan dalam Asia Talent Cup, European Talent Cup 10 terbaik. Manakala Danial Syahmi diletakkan untuk capai sasaran 15 terbaik dalam JuniorGP dan 10 terbaik dalam Red Bull Rookies. Damok diletakkan sasaran lebih tinggi untuk berada dalam kalangan 5 terbaik keseluruhan.

JuniorGP akan berehat selama enam minggu dan kembali ke Misano pada 3 September. Zulfahmi turut memberi komen mengenai tiket wildcard dan masa depan pelumba negara.

“Berkenaan dengan wildcard MotoGP Malaysia kita belum dapat umum lagi dan menanti kata putus dari IRTA namun kemungkinan besar dan perancangan kami adalah Damok sebagai pelumba wildcard Moto3 SepangGP. Hakim Danish akan beraksi dalam ATC dan kita bernasib baik kita dapat dua jentera untuk Danial.

“Mengenai masa depan mereka, saya akan ubah sedikit dan tidak melepaskan mereka kepada mana-mana pasukan sepenuhnya sebaliknya saya akan tetap menguruskan mereka kerana pelumba yang hebat sahaja tidak mencukupi tetapi kita perlukan organisasi yang mantap dibelakang pelumba itu sendiri.

“Sudah semestinya ada pasukan yang telah hubungi saya untuk slot Moto3, namun segala berg4ntung pada bajet dan kita perlu bawa penajaan dari Malaysia. Mengenai perkara ini saya perlu berbincang dengan SIC untuk ikat perjanjian lebih awal diharapkan sebelum MotoGP Malaysia disebabkan tempat di World Championship adalah tempat yang p4nas. Walaupun ada pelumba yang ber4ksi kurang baik dari bakat kita tetapi mereka mampu untuk dapat slot disebabkan mereka lebih awal bawa penaja.”

Sumber : TarmacSports

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *