Info

Tengah syok cuci perut lembu k0rban, tiba-tiba nampak benda hanyut

Gambat diatas sekadar hiasan

TUMPAT – Ma yat seorang lelaki yang sudah reput dengan sebahagian anggota badan dipercayai dimakan haiwan ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kampung Lubuk Kawah, Pulau Teluk Rejuna dekat Palekbang di sini semalam.

Ma yat lelaki yang dipercayai sudah meninggaI dunia dalam tempoh 36 jam itu dijumpai kira-kira pukul 11 pagi tanpa sebarang pengenalan diri.

Ketua PoIis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, sepasukan dan anggota poIis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai penemuan ma yat tersebut.

Menurutnya, ma yat lelaki itu telah dibawa ke darat untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke H0spitaI Tumpat di sini untuk dibed4h s!asat.

“Hasil bed4h s!asat mendapati ma yat sudah reput dengan bahagian anggota badannya telah dimakan haiwan selain sudah meninggaI dunia dalam tempoh 36 jam.

“Punca kemat!an m4ngsa masih belum dapat dikenalpasti kerana keadaan ma yat sudah reput. Selain itu, Ibu Pejabat PoIis Daerah Tumpat juga tidak menerima sebarang lap0ran orang hiIang dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, sampel yang diterima dari h0spital akan dihantar ke Jabatan K!mia untuk dianalisa.

Sementara itu, seorang penduduk Pulau Teluk Rejuna yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah,50, ketika dihubungi Kosmo! berkata, penemuan ma yat m4ngsa disedari oleh seorang penduduk kampung ketika membasuh bahagian perut lembu k0rban pagi semalam.

Menurut wanita itu, penduduk berkenaan melihat satu objek terapung di tepi sungai berkenaan semasa sibuk menjalani ib4dah k0rban yang dilakukan tidak jauh dari sungai itu.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *