Hiburan

“Netizen keb!ngungan” Haqiem Stopa sangat berpengaruh sampai dijemput pihak sekolah untuk memberi ucapan.

Siapa tak kenal dengan ikon belia permotoran negara yang tular baru-baru ini. Sebut je STOPA, semua anak remaja terutama pelajar sekolah menengah kenal sangat idola yang satu ini.

Sebelum ini, nama Haqiem Stopa pernah menjadi bualan di media sosial apabila dia diangkat sebagai ikon permotoran belia. Ia kemudiannya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila infIuencer Tik Tok itu dikatakan tidak layak untuk menerima gelaran tersebut.

Baru-baru ini pula, perkongsian dari Haqiem Stopa sekali lagi mencu ri tumpuan ramai di mana dia telah dipanggil untuk memberikan ceramah di sebuah sekolah. Tidak sampai sehari ianya dikongsikan, video tersebut telah pun menerima lebih dua juta tontonan setakat ini.

 

Menerusi video yang dikongsikan ini, Haqiem Stopa berkongsikan situasi di sekitar majlis semasa dia turun padang memberikan talk di sebuah sekolah. Dia turut memberikan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah menjemputnya datang ke sana.

Perkongsiannya ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap infIuencer Tik Tok sepertinya bukanlah orang yang sesuai untuk dipanggil. Malah ada yang mempersoalkan jasa atau sumbangannya pada masyarakat sehingga membuatkan pihak sekolah terpanggil untuk menjemputnya.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kurang senang mereka dengan perkongsian ini. Dalam masa yang sama, netizen turut mempers0alkan tindakan pihak sekolah yang memilihnya sebagai tetamu jemputan.

“Dia role model sebagai apa ya kalau nak ajak untuk talk?”

haqie stopa

“Apa sumbangan dia pada negara ya? Sesiapa boleh bagi tahu.”

sekolah

“Siapa pengetua, cikgu-cikgu sekolah ni? Banyak soalan nak tanya kat cikgu-cikgu ni.”

komen

“Pelik-pelik lah, nanti semua mula lah ikut meremp!t.”

tik tok

 

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *