Hiburan Info

Yayan Ruhian terp4ksa toIak lamaran John Wick 3 demi Mat Kilau tetapi rezeki tak salah alamat

Lakonan mantap para pelakon dalam filem Mat Kilau membuatkan filem ini bakal diingati oleh para penonton. Kehadiran pelakon ak si terkemuka dari Indonesia, Yayan Ruhian ternyata menambahkan lagi kehebatan filem Mat Kilau.

Nama Yayan Ruhian tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat filem ak si kerana beliau sebelum ini pernah muncul dalam filem hebat seperti The Ra!d, Star W4rs dan paling diingati adegan Iawan beliau bersama Cecep Arif Rahman menent4ng Keanu Reeves dalam John Wick 3.

Tahukah anda Yayan hampir tidak muncul dalam John Wick 3 kerana beliau hormati kontrak lakonan beliau untuk filem Mat Kilau? Pada April 2018, Yayan telah dihubungi oleh pihak produksi John Wick 3 yang sangat berminat untuk beliau muncul dalam John Wick 3 dan penggambaran itu akan bermula pada bulan Mei 2018.

Terkejvt dan teruja dengan panggilan itu, Yayan dengan berat hati men0lak tawaran emas tersebut. “Mereka hubungi saya pada April 2018 dan mahu saya mula shooting pada bulan Mei. Kebetulan saya sedang shooting Mat Kilau di Malaysia. Kerana profesional dengan kontrak, saya t0lak,” katanya kepada Tempo.

“Saya fikir rezeki itu diatur oleh Sang Pencipta. Rupanya filem itu memang ditakdirkan untuk saya. Empat hari setelah panggilan yang pertama itu, Pihak produksi John Wick 3 kemudiannya menghubungi saya kembali untuk atur jadual mengikut kesesuaian saya,” katanya.

Dipilih tanpa audition

Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman dipilih terus untuk menyertai John Wick 3 tanpa sebarang sesi pemilihan kerana pihak produksi John Wick 3 terpikat dengan kehebatan seni bela diri Yayan dan Cecep.

Yayan berkata pihak produksi cuma terangkan serba sedikit koreografi tem pur dengan Keanu Reeves dan mereka berlatih untuk adegan itu. Lebih menarik, dialog Bahasa Indonesia dituturkan semasa adegan tersebut dan sen jata nusantara kerambit dipilih untuk muncul dalam John Wick 3.

Bangga dapat berlakon filem di bawah kendalian Syamsul Yusof

Menurut Yayan, beliau berbesar hati apabila menerima tawaran berlakon daripada Syamsul Yusof. Baginya, beliau rasa seronok dan senang berlakon filem arahan Syamsul Yusof.

Yayan berkata nama Syamsul Yusof besar di Indonesia kerana ada karya filemnya yang ditayangkan di Indonesia. Dalam satu temu bual, beliau berharap lakonannya dalam filem Mat Kilau diterima baik oleh penonton dan mahu filem tersebut pergi jauh; bukan sahaja untuk pasaran Malaysia.

Yayan Ruhian telah beberapa hari berada di Malaysia untuk rangka kerja promosi filem Mat Kilau. Sebelum berangkat pulang ke Indonesia, beliau sempat menziarahi Makam PahIawan Mat Kilau di Kg. Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

“Sebelum kembali ke Indonesia, berziarah ke Makam PahIawan Mat Kilau, di Kg. Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Terima kasih kepada seluruh saudara-saudara di Malaysia, kami sudah diterima dengan baik di sini. Harap-harap boleh silaturahmi dan berjumpa lagi. Mohon maaf zahir batin jika ada silap dan khilaf,” tulis Yayan.

Sumber : thevocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *