Hiburan Info

Duit bernilai 61 juta dolar & 9.46 juta paun tersebut diterima bekas perdana menteri melalui bank Jho Low

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima wang AS61 juta dan 9.46 juta paun dalam akaun peribadi Ambank miliknya melalui pindahan wang luar negara daripada syarikat berkaitan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Wedani Senen selaku Pengurus Bahagian Unit Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) Ambank (M) Berhad ketika itu berkata, dana berkenaan dipindahkan ke akaun AmIsIamic Bank milik Najib dengan nombor akaun 2112022009694 atas kod nama AmPrivate Banking-MR dan 2112022011880 atas nama AmPrivate Banking-1MY.

Saksi ke-29 pendak waan itu berkata, terdapat tujuh transaksi kemasukan wang dalam akaun AmIsIamic Bank milik Najib daripada tahun 2013 sehingga tahun 2014 melalui pindahan daripada luar negara.

Saksi itu ketika membacakan pernyataan saksinya berkata, terdapat pemindahan wang berjumlah AS61 juta dolar daripada Tanore Finance Corp ke dalam akaun Najib dengan nombor akaun 2112022009694 atas kod nama AmPrivate Banking-MR pada 25 Mac 2013.

Tanore sebelum ini dinyatakan sebagai entiti yang menerima wang har am daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurutnya, akaun bekas perdana menteri itu dengan nombor akaun 2112022011880 atas kod nama AmPrivate Banking-1MY turut menerima 750,000 paun daripada Blackrock Commodities (Global) Limited pada 23 Jun 2014.

Beliau yang membacakan pernyataan saksinya, berkata, akaun sama menerima wang daripada Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) melalui lima transaksi iaitu 5,750,000 paun (19 Oktober 2014); 694,343.62  dan 2,216.01 paun(24 November 2014); 995,000.00 paun(5 Disember 2014) dan 1.26 juta paun(18 Disember 2014).

Mengikut lap0ran berita sebelum ini, Jabatan Kehak!man Amerika Syarikat (DOJ) mengenalpasti Vista Equity International Partners dan Blackrock ialah ‘shell company’ (syarikat yang hanya wujud di atas kertas) dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan, iaitu sekutu amanah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Khamis lalu, Wedani dalam keterangannya memberitahu mahkamah, Najib menerima wang berjumlah AS670 juta dolar dalam akaun peribadi Ambank miliknya melalui pindahan wang luar negara daripada individu dan beberapa syarikat.

Beliau berkata, dana itu dipindahkan melalui lima transaksi ke akaun AmIsIamic Bank milik Najib dengan nombor akaun 2112022009694 menggunakan nama AmPrivate Banking – MR, daripada tahun 2011 sehingga 2013.

Sementara itu, ketika menjawab soalan balas daripada peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib, sama ada pihaknya ada sebarang kera guan mengenai transaksi yang membabitkan jumlah wang yang besar itu, Wadani berkata, “tidak.”

Sak si itu menjelaskan, unitnya tidak membuat lap0ran mengenai transaksi berkenaan kerana ia diuruskan oleh bahagian lain dalam Ambank.

Katanya, beliau tidak pasti sama ada Bank Negara Malaysia (BNM) ada menimbulkan sebarang ama ran dan meminta penjelasan berhubung transaksi terbabit.

Perbica raan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *