Info Semasa

“Bukan ku pinta lahir kedunia” Sepasang suami isteri tabah ketiga-tiga anak ditakdirkan 0KU

HULU TERENGGANU – Biarpun serba kekurangan, sepasang suami isteri tetap tabah membesarkan tiga daripada lima anak mereka yang merupakan golongan orang kelainan upaya (0KU).

Nur Fazida Mokhtar, 45, berkata, anak keduanya, Muhammad Daniel Hakim Mohd. Ridhwan, 13, dan ketiganya, Nur Fatin Qalisha, 12, dis4hkan 0KU masalah pembelajaran sejak mereka berusia lapan tahun.

Lebih menguji mereka suami isteri, anak keempat, Muhammad Daniel Harraz, 9, pula mengh!dap penyak!t Cele bral Palsy sejak lahir.

“Penyak!t itu (Cele bral Palsy) menyebabkan Muhammad ­Daniel hanya terlantar di atas katil selain mengalami masaIah usus tersumbat.

“Ia menyebabkan dia kerap demam dan kurang selera makan sehingga berat tubuhnya hanya 10 kilogram (kg) biarpun sudah berusia sembilan tahun,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, Muhammad Daniel perlu menjalani pembeda han usus, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan beratnya tidak pernah mencapai 15kg, minimum kelayakan untuk menjalani prosedur pembeda han.

“Dia minum susu khas dan bubur nasi yang dikisar halus. Kos susu khas dan lampin pakai buangnya cecah RM500 sebulan.

“Dua anak OKU saya juga masih perlu dibantu menguruskan diri walaupun semudah memakai baju,” ceritanya.

Nur Fazida berkata, suami­nya, Mohd. Ridzwan Ibrahim, 45, cuma bekerja kampung dengan purata pendapatan sebanyak RM500 sebulan dan kerap di­serang penya kit g0ut dan tekanan da rah tinggi.

“Mujur anak kedua dan ketiga saya menerima bantuan persekolahan RM150,” ujarnya.

Orang ramai boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun Bank Rakyat Mohd. Ridzwan 2243584963 atau menghubunginya di talian 016-749 7524.

Sumber : kosmo!online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *