Info

Nak duduk pun tak mampu sampai makan pun berbaring dan mengiring

Kota Bharu: Sejak dua bulan lalu, pergerakan Amiza Amdam dari Kampung Padang Demit, di sini menjadi terhad dan hanya mampu berguling perlahan-lahan atau mengengs0t untuk bergerak.

Dengan berat badan yang melebihi 200 kilogram (kg), wanita berusia 37 tahun yang mengalami masalah obe siti dan oksigen rendah dalam badan itu bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen untuk bernafas.

Amiza berkata, sebelum ini dia memang seorang yang berbadan gempal dengan berat badan sekitar 120 kg tapi masih mampu berjalan serta bekerja.

Namun, katanya, sejak beberapa bulan ini beratnya naik mendadak sekali gus sudah tidak mampu berjalan.

“Saya tetap cuba menguruskan diri sendiri tanpa membebankan kedua ibu bapa yang sudah tua contohnya berguling untuk mandi di bilik air namun proses membuang air agak sukar kerana saiz badan tidak muat untuk masuk ke tandas.

“Saya tidak memakai lampin pakai buang kerana tiada saiz dan terpak sa mengengsot perlahan-lahan ke satu sudut untuk membuang air dengan di alas plastik bagi memudahkan emak membuang najis itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Terdahulu mereka dikunjungi dua aktivis masyarakat, Saripah Ismail dan Nozlyhairani Suhana Mohamed yang memberi jaminan akan cuba membantu Amiza dari segi keperluannya termasuk mencari pengangkutan sesuai untuk Amiza berulang alik ke h0spital.

Amiza berkata, dia cuba untuk bangun namun saiz badan yang terlalu besar menyebabkannya gagal mengimbangi badan, malah untuk makan juga adakalanya terpak sa berbaring dalam keadaan mengiring.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu taska dan kilang di Pulau Pinang berkata, dia turut menghidap kenc ing manis, koIesteroI, masalah paru-paru dan alergik menyebabkan banyak berpantang dalam pemakanan.

Katanya, d0ktor mencadangkan raw4tan bariatrik (p0t0ng usus), namun perlu mempertimbangkan beberapa perkara.

“Sejak beberapa bulan ini saya sudah memulakan temujanji dengan beberapa pakar,” katanya yang memaklumkan tidak dikenakan bayaran setiap kali masuk wad kerana aktif menderma dar ah.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *