Hiburan

Perdana Menteri akan bertemu Menteri sukan untuk bincang kenaikan imbuhan pemain

Kuala Lumpur: Imbuhan kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia akan dibincangkan minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk meneliti imbuhan yang bersesuaian.

Menurutnya, pencapaian akuad Harimau Malaya membanggakan selepas penantian selama 42 tahun untuk melayakkan Malaysia bera ksi di Piala Asia.

“Saya akan bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan minggu depan untuk bincang imbuhan yang sesuai.

“Saya juga ada terima permintaan daripada Presiden Persatuan Bola Sep ak Malaysia (FAM) agar pasukan negara lebih banyak beraksi dalam perla wanan persahabatan di luar negara untuk memantapkan mutu permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Sri Damansara Sentral, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, perbincangan juga akan menentukan bentuk imbuhan buat skuad hoki negara yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2023.

Selasa lalu, skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke Piala Asia selepas membenam Bangladesh 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum itu, skuad hoki lelaki negara mengesahkan tempat beraksi di Piala Dunia tahun depan selepas tuan rumah kejohanan berprestij itu, India layak beraksi di kelompok Super 4, Kejohanan Piala Asia di Jakarta.

Sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *