Hiburan

“Eh apa benda tadi tu? Udah kenapa duduk bergelap seorang diri” Rasa tak puas hati aku pat ah balik pusing menuju ke rumah tembok biru tu.

Kisah ini mungkin sekadar hiburan dan mungkin ada pengajaran.

Kejadian ini baru berlaku beberapa jam lepas. Sejujurnya kurang lebih 12 jam yang lepas.

Seperti pagi-pagi lain, jika tiada saklt demam aku pasti akan pergi bersoIat Subuh berjemaah di masj!d. Itu sebahagian rutin wajibku setiap hari. Masj!d khariah kami letaknya cuma 950 meter dari rumahku. Tak sampai 5 minit pun jika menaiki kenderaan dari rumah akan sampailah aku ke masj!d.

Selalunya aku sampai di masj!d kira-kira 20 minit sebelum masuk waktu Subuh. Kalau lewat sampai, terlepaslah aku untuk bersoIat di saf pertama. Bukankah Nabl pernah bersabda: Sesiapa yang mengetahui kelebihan s0Iat di saf pertama mereka akan berebut-rebut mengundi untuk dapatkan saf pertama? (hadls riwayat Abu Hurairah).

Pagi ini aku keluar dari rumah ke masjld 20 minit sebelum masuk waktu Subuh. Melepasi selekoh kedua selepas keluar rumah, keretaku menghampiri sebuah rumah yang temboknya berwarna biru.

Tiba-tiba di kiri jalan aku ternampak sesuatu berwarna hitam yang sedang bersandar di dinding rumah yang temboknya berwarna biru itu. Sepatutnya benda yang bersandar di tembok rumah tersebut aku nampak dengan sangat jelas kerana jaraknya dengan aku yang sedang memandu kereta begitu dekat – lebih kurang 3 meter saja.

Namun kerana lampu jalan agak jauh dari su suk hitam yang bersandar di tembok tersebut, wajahnya tidak begitu jelas. Dalam kesamaran limpahan lampu jalan yang agak jauh itu, apa yang pasti tiada warna lain selain hitam yang kelihatan menyelubungi su suk tersebut. Semuanya hitam! Pakaian yang menyelimutinya hitam, muka hitam dan tangan juga hitam. Bukan hitam sebarang hitam tetapi hitam pekat. Tidak kelihatan gigi atau mata yang mencacatkan warna keseluruhan hitam yang membungkusi wajahnya.

Apabila kereta yang aku pandu perlahan melepasinya hatiku masih tertanya-tanya: apa objek hitam yang aku nampak tadi?

Ketika kereta yang ku pandu menghampiri masjld, persoalan yang sama masih bersarang di minda: apa gerangan benda hitam pekat itu? Kalau orang, mengapa seawal itu dia berada di luar rumah? Apa yang mendesaknya bersandar di luar tembok rumah orang? Mungkin dia saklt? Jika dia perlukan bantuan bagaimana?

Aku jeling jam kereta, masih ada 15 minit sebelum masuk waktu Subuh. Hati masih tak puas hati. Baik aku berpatah balik sekejap untuk slasat apa benda hitam legam itu, desak hati. Selagi tiada jawapan, selagi itu aku tak akan puas hati. Selagi tak tengok betul-betul berbagai spekuIasi akan menduga hati.

Aku pusing stereng, tak jadi ke masjld. Aku berpattah balik ke arah rumah bertembok biru itu. Seorang jemaah yang mengekori keretaku memandang aku dengan wajah aneh. Mungkin dia ingat aku berpattah balik kerana ada kecem4san di rumah.

Aku pandu kereta sedikit laju ke rumah bertembok biru tersebut kerana di samping hendak tahu misteri makhluk serba hitam itu, aku juga tidak mahu terlepas soIat jemaah di saf pertama. Jadi aku perlu cepat mengejar masa.

Penghuni rumah yang temboknya berwarna biru itu memang aku kenali. Dulu penghuni rumah tersebut adalah sepasang suami isteri yang kerja mereka menjual nasi lemak. Aku juga pernah banyak kali membeli nasi lemak mereka yang terkenal sedap dan dijual pada harga sangat berpatutan.

Namun semenjak isterinya meninggaI 2 bulan lepas akibat c0vld 19, si-suami dan anak-anak sudah berpindah ke rumah lain. Kata jirannya, si-suami tidak dapat memadam begitu banyak kenangan bersama arw4h isteri di rumah itu. Bagi meredakan kenangan silam bersama isterinya keluarga tersebut berpindah keluar dari rumah berkenaan.

Sesampai aku berhampiran rumah bertembok biru tersebut, aku memperlahankan kereta. Mata aku cuba mencari makhluk hitam legam yang ku temui beberapa minit tadi. Tapi tiada apa-apa yang kelihatan bersandar di tembok. Aku menggosok-gosokkan mata. Mungkin apa yang aku nampak tadi cuma fat4m0rgana atau illusi seorang aku yang suka berkhayaI?

Sebuah motor yang mengekori rapat di belakang aku membrek mengejut apabila aku memperlahankan kereta sambil mata menjengah ke arah rumah di sebelahku. Ah, masa mana pula motor itu berada di belakang, tiba-tiba saja muncul?

“Awat abang buat emergency brake? Mujur tak terlanggar kereta abang,” jerkah pemuda bertopi keledar merah yang memperlahankan motor di sebelah cermin kanan kereta aku. Aku memberhentikan kereta tanpa mematikan enjin. Pemandu itu juga memberhentikan motornya. Lagak dia macam orang nak cari g4duh!

“Saya dah bagi signal tadi kan? Awat tak pot0ng kereta saya?” Aku tak mau mengalah.

“Yang abang berhenti sini buat apa? Tu rumah abang ka?” katanya menunjuk ke arah rumah bertembok biru.

Eh..budak ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik, getus hatiku.

“Tu bukan rumah saya. Saya cuma mai nak s!asat,” jawab aku.

“S!asat? S!asat apa? Abang ni p0lis ka?”

“Bukan, saya bukan p0lis. Tadi masa saya lalu jalan ni, saya nampak macam ada sesuatu yang bersandar kat tembok rumah tu. Tu yang saya nak periksa.”

“Benda bersandar? Benda tu warna hitam ka bang?”. Pemuda itu mula melunakkan suaranya. Tidak segarang mula tadi lagi.

“Haaa..warna hitam. Awat..adik ni pernah nampak juga ka benda warna hitam tu?” kataku terkejvt.

“Haaa…dah tiga kali saya nampak benda warna hitam legam bersandar kat tembok rumah ni . Tapi biasanya saya nampak dalam pukul 1.00 – 2.00 pagi, bila saya balik kerja shift malam.”

“Maknanya benda hitam tu memang wujud la?”

“Awat pula tak wujud? Saya dah tiga kali nampak,” jawab pemuda itu sambil bergerak mendekati tembok biru di sebelahnya.

“Saya ingat saya tersilap tengok. Tu yang saya patah balik nak periksa. Rupanya benda hitam tu memang wujud.”

“Yang saya heran dah dekat subuh macam ni pun, abang masih jumpa dia. Bukan orang kata hanntu cuma wujud di tengah malam buta jaa ka?”

“Tuh4n Maha Berkuasa” ujarku, “Kun faya kun. Kalau AIIah kata nak jumpa makhluk ciptaannya waktu siang, terjumpalah kita waktu siang.”

Ketika aku sampai ke masj!d, imam sedang membaca surah fatihah di rakaat pertama. Walaupun tidak sempat berada di saf pertama s0lat Subuh pagi ini tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya hari ini aku berpeluang dapat menyaksikan satu lagi keajaiban ciptaan IIahi. Cuma aku tidak tahu apa nama makhluk hitam pekat ciptaan AIIah yang aku jumpa pagi tadi!

Sumber : KCHM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *