Info Semasa

Mana boleh suka-suka p0t0ng faedah dan elaun pekerja. Syed Saddiq tampil bersuara

KUALA LUMPUR: Tlndakan segelintir majikan yang bertindak mem0tong faedah pekerja selepas menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 disifatkan sebagai pende.raan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, majikan terbabit sepatutnya berunding dengan pekerja sebelum melakukan tlndakan sedemikian.

“Ini hak pekerja. Kalau ya pun nak p0t0ng, tolonglah rujuk dan runding dengan pekerja.

“Jangan sewenang-wenangnya p0t0ng macam tu je. Kalau tak ini satu pender.aan,” katanya dalam perkongsian di Facebooknya pada Sabtu.

Beliau turut menggesa pekerja yang menerima nasib sedemikian supaya segera mengemukakan aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

“Lap0rkan terus ke Jabatan Tenaga Kerja kalau berlaku kepada anda. Tolong kongsi dengan saya pendapat anda,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mewartakan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa pada 1 Mei bagi majikan yang mempunyai lima atau lebih pekerja.

Selain itu, ia turut terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang diklasifikasikan di bawah Klasifikasi Standard Malaysia Pekerjaan (Masco) 2020.

Syed Saddiq berkata, majikan sepatutnya berunding dengan pekerja sebelum melakukan tindakan mem0t0ng elaun. – Gambar fail

Bagaimanapun, majikan yang mempunyai pekerja kurang daripada lima orang dikecualikan daripada pelaksanaan Per!ntah Gaji Minimum 2022 sehingga akhir tahun ini.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *