Hiburan

Sakat kawan sampai kena histerla, malam tu AIIah bayar cash

Kali ini aku nak kongsi satu lagi kisah serram yang aku sendiri pernah alami zaman nakal-nakal sekolah menengah dulu. Zaman yang mana kami sebagai pelajar perlu menginap di asrama sepenuhnya sepanjang sesi persekolahan.

Sewaktu di sekolah menengah dulu aku dikategorikan sebagai pelajar terpilih disebabkan bijak tetapi agak nakaI dan berkawan pun dengan geng-geng nakaI. Bab kata orang zaman dulu geng-geng “megang” sekolah la.

Menjadi anggota geng-geng nakaI ni sudah semestinya ada aktiviti pelik-pelik yang kami reka dan laksanakan. Pelaksanaannya pula sudah pasti waktu lewat malam selepas lampu bilik hendaklah dipadamkan.

Kejadian pelik ini berlaku ketika aku dalam tingkatan 3 kalau tak silap aku. Pada suatu malam minggu yang mana j4tuh pada malam Jumaat sebegini disebabkan sekolah aku tu di Terengganu kan, kami mendapat satu idea untuk mengenakan salah seorang kawan kami yang pada waktu tu sudah lena tidur. Ideanya salah seorang daripada rakan kami yang paling ringan menyamar menjadi m4yat.

Aku dan beberapa orang yang lain menjalankan kerja-kerja membungkus “m4yat” tersebut di bilik sebelah bilik rakan yang kami ingin kenakan tu. Keadaan itu dipermudahkan lagi dengan peraturan asrama kami yang memerlukan setiap penghuninya menggunakan cadar tilam berwarna putih. Bahagian mencari kain kafannya selesai apabila seorang rakan aku itu menyumbangkan cadar nya untuk dijadikan kain kafan.

Kami berusaha menyediakan m4yat tersebut sebaik mungkin dengan mengikat lebihan cadar di bahagian kepala dan kakinya seketat mungkin untuk mengelakkan ianya daripada terlerai. Bahagian tengah badannya pula kami ikat dengan tuala junior mana ntah yang kami sebat semata-mata disebabkan tuala tu berwarna putih. Walau bagaimanapun kami tetap memastikan rakan yang menjadi mayat tu selesa.

Selesai saja proses penyediaan tu beberapa orang rakan yang lain pula berpakat mengusung m4yat tersebut ke bilik sebelah untuk diletakkan di sebelah rakan kami yang sudah tidur tu. Sepanjang perjalanan ke bilik sebelah tu sudah ada beberapa orang junior yang masih belum tidur terkejvt melihat penampakan itu. Ada yang dah menjer!t kecil.

Sebelum memasuki bilik rakan aku tu, sudah ada beberapa rakan lain yang menenangkan penghuni-penghuni lain dalam bilik tersebut yang masih belum tidur supaya tidak terkejvt.

Kami ahli-ahli penyakat yang lain ni dah pakat menyorok dah mencari kedudukan yang sesuai untuk memerhatikan reaksi dan tindak balas rakan yang akan di sakat tu. Kami letakkan may4t tu sebaik mungkin di sebelah rakan kami tu sebelum salah seorang daripada kami cuba mengejvtkan rakan yang lena tidur tu.

Setelah beberapa kali cubaan mengejvtkannya dilakukan barulah dia tersedar daripada tidur. Dalam keadaan mamai tu dia masih cuba memerhatikan apa yang berada di sebelahnya itu. Selepas seketika barulah terdengar jer!tan ket4kutannya memec4h kesunyian malam tu.

Tanpa membuang masa dia terus mel0mpat turun daripada katil dan berIari keluar bilik menjer!t-jer!t perkataan may4t-m4yat. Aku tidur dengan m4yat ni. Kami semua dah ketawa separuh sedar ketika itu.

Dalam keadaan bergeIak ketawa tu kami berkej4ran mengej4r kembali rakan kami yang dah dikira separa h!steria kerana masih tak berhenti-henti menjer!t. Setelah ditenangkan beberapa ketika barulah dia kembali sedar dan kami semua habis di sump4h seran4hnya dengan pelbagai kata mak!an yang mampu dia fikirkan ketika itu.

Manakala ada antara kami pula yang masih tidak dapat mengawal gelak ketawa walaupun sudah menerima mak!an daripada m4ngsa usikan.

Hal itu tidak berlanjutan terlalu lama kerana kami terp4ksa bersurai dan kembali ke bilik tidur masing-masing setelah kedengaran suara warden keluar meronda mungkin terg4nggu disebabkan aktiviti kami tadi.

Rentetan daripada aktiviti itu kami semua masuk tidur seperti biasa dengan senyuman kepuasan masih tersisa pada wajah masing-masing atas kejayaan rancangan tadi dan disini jugalah bermulanya kejadian serram yang aku sendiri alami tu.

Aku tersedar waktu pagi tersebut seingat aku lebih kurang pukul 3.30 pagi berdasarkan jam loceng di tepi bantal aku disebabkan ingin beristlnjak. Setelah tersedar aku perasan ada seakan ada sesuatu berada di sebelah ku. Aku berpaling perlahan-lahan dan melihat ada satu “m4yat” disebelah aku. Pekara pertama terlintas difikirkan aku ketika tu mesti aku pulak yang dijadikan m4ngsa usikan kali ni.

Aku terus menegur “m4yat” tu tanpa fikir panjang supaya tak perlulah nak men4kut-nakvtkan aku sebab aku dah tahu rancangan diaorang tu. Aku cuba men0laknya jatvh daripada katil tapi ‘m4yat’ itu langsung tak bergerak. Terlalu berat dirasakan. Aku dah mula semacam. Pelik juga sampai langsung tak bergerak jika difikirkan itu cuma rakan-rakan aku yang menyamar je.

Tapi disebabkan rasa nak berist!njak tu lagi kuat aku terus bergegas ke tandas melepaskan hajat. Aku kira kawan-kawan aku tu akan berambus la daripada mengusik aku setelah mengetahui rancangan mereka tu gagaI.

Sekembalinya aku ke bilik selepas menyelesaikan hajat tadi, aku perhatikan “may4t” tu masih terbaring cantik di atas katil aku. Kali ni aku dah betul-betul cuak. Aku cuba mencari takv-takvtt ada rakan lain menyorok dalam bilik aku tu tetapi memang sahih tiada orang lain dan semua penghuni bilik lain sedang lena tidur. Taktala aku leka memerhatikan keadaan sekeliling tula aku perasan m4yat tu seolah bergerak-gerak dan tidak disangka-sangka dia bangun dan berada dalam keadaan duduk.

Pada ketika itu memang aku tak berfikir apa lagi dan yang aku tahu aku terus membuka langkah seribu berlari keluar daripada bilik terus menuju ke bilik rakan aku yang selang beberapa buah bilik lain daripada bilik aku. Aku cuba mengejvtkan rakan aku tu tapi tidak berkesan.

Dalam masa yang sama aku perasan ada bayang-bayang putih berjalan diluar tingkat perlahan-lahan. Aku fikir m4yat tu yang berjalan mungkin mencari aku. Aku terus mel0mpat ke atas katil rakan aku tu dan terus memejamkan mata berpura-pura tidur sambil memeluk rakan aku.

Aku memang sudah tidak berani membuka mata kerana memikirkan wajah m4yat tu yang akan berada di depan aku nanti andainya dia berjaya mencari aku. Aku terlena dalam ket4kutan dan aku cuma tersedar apabila azan subuh kedengaran di sur4u sekolah.

Kejadian itu menginsafkan aku seketika daripada terlibat daripada hal usik mengusik yang menyer4mkan dan ianya kekal menjadi rahsia aku ketika itu. Aku masih tertanya-tanya kenapa aku yang terpilih untuk diuji pada malam itu.

Bukan dia? Bukan kau? Dan bukan mereka yang lain?

Kenapa?

Sumber : kchm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *