Hiburan

Kering d4rah dibuatnya! SoIatku tak khusyuk lepas terhidu bau b4ngkai yang datang tiba-tiba

Pada minggu lepas ketika bekerja shif malam aku dan Ina terserempak dengan makhluk yang tidak di sangka dan itulah pertama kali ianya muncul di wad kami. Allahuakbar!

Ketika itu Ina meminta kebenaran ke tingkat 4 untuk menghantar peralatan dressing ke CSSD. Lagipun ketika itu masih awal sekitar jam 10.20 malam. Ina bergegas ke atas sebelum lewat malam kerana untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku dan terjadi.

Sementara itu aku pergi ke bilik staff di bahagian belakang untuk s0lat Isyak. S0latku tidak kusyuk kerana aku terhidu bau bvsuk. Baunya tidak pasti datang dari mana. Dalam masa yang sama seperti ada seseorang bersamaku di dalam bilik tersebut. Namun aku mengabaikan saja kerana mungkin perasaanku bercampur aduk ketika itu.

Usai s0lat aku segera bersiap. Aku masih tercari-cari dari manakah datangnya bau bvsuk seakan bau b4ngkai binatang itu. Ketika melangkah keluar dari bilik staff mataku tert4ncap ke arah cermin tingkap di hadapanku. Aku seperti melihat sosok tubuh seseorang di belakangku melalui pantulan di cermin itu. Langkahku terhenti, seperti kakiku berat untuk melangkah. Aku gagahkan diri untuk menoleh ke belakang.

AIIahuakbar! Itu p0c0ng! Jelas kelihatan bentuknya berbungkus kain putih yang lusuh, ada bunjut di kepalanya, besar dan tinggi sehingga mencapai siling! P0c0ng tersebut berdiri di depan pintu tandas bilik staff dalam keadaan menghala ke sebelah kanan menghadap ke arah katil dan cuma beberapa meter dari kedudukan aku berdiri.

‘Miza, tolong!’ aku menjerit meminta tolong dan cuba untuk berlari ke arah kaunter jururawat di hadapan. Kakiku ,Iemah tapi aku gagahkan juga sehingga aku terj4tuh di depan bilik 8.

‘Kau kenapa?’ Miza mendapatkan aku dan membantuku untuk berdiri.

Ketika itu aku tidak mampu bersuara. Aku cuma menunjuk ke arah bilik staff di belakang. Seluruh tubuhku menggigil.

Tiba-tiba…….

Kedengaran suara meminta tolong diselangi bunyi ketukkan pintu dengan kuat. Aku dan Miza saling berpandangan.

‘Eh, itu suara Ina. Kenapa lagi ni? Mana kad akses dia?’

Miza segera menarik tanganku untuk menghala ke sana. Aku menggelengkan kepala. Takvt.

‘Minnn…Mizaaaa…tolong aku! Buka pintu cepat!’ Kedengaran suara Ina di sebalik pintu.

Untuk pengetahuan semua, dalam bilik utiliti k0t0r kami ada lif untuk laluan keluar masuk m4yat untuk di hantar ke bilik m4yat di tingkat kami dan juga tangga kecem4san yang boleh menghubungkan ke semua tingkat.

Dalam keadaan terp4ksa aku membuntuti belakang Miza untuk membuka pintu itu. Ketika itu kami cuma tawakal saja.

‘Ya AIIah…tutup pintu cepat!’, Ina terus menoIak aku dan Miza sejurus pintu itu dibuka dan segera menutup pintu.

‘Kau ni pulak kenapa?’, Miza masih tidak berpuas hati.

****************************

Selepas menghantar peralatan dressing ke unit CSSD, Ina mengambil keputusan untuk menggunakan tangga untuk turun ke tingkat 2 memandangkan lif tidak boleh beroperasi kerana sedang diselenggara.

Ketika menuruni anak tangga dia terhidu bau bvsuk seakan bau b4ngkai. Mungkin ada tikus yang m4ti dan akan memaklumkan kepada tukang cuci esok untuk membersihkan tangga. Memandangkan tangga di bahagian belakang itu jarang digunakan tidak mustahil ada tikus membiak.

Pada ketika itu juga dia perasan seperti ada seseorang di belakangnya. Ina tanpa memikirkan apa-apa terus menoleh ke belakang untuk melihat. Alangkah tekejvtnya bila makhluk seakan may4t yang berbungkus berdiri tegak memandang ke arahnya! Bentuk badan makhluk tersebut besar, tinggi dan berwajah h0doh seh0doh-h0dohnya! Dan yang jelas ada bunjut di kepalanya.

Ina segera berlari menuruni tangga dan pada masa itu dia baru perasan kad aksesnya tercicir.

*****************************

‘Maknanya kamu berdua melihat pocong dalam waktu yang sama iaitu 10.45 malam tapi di tempat yang berbeza. Di depan tandas bilik staff dan di tangga belakang’, ujar Miza.

Aku dan Ina mengangguk Iemah. Awal sungguh ‘dia’ menampakkan dirinya ketika itu. Bezanya aku cuma melihat keadaan p0c0ng itu berbalut kemas tapi Ina melihat wajah h0doh p0c0ng itu.

Sejak kejadian pada minggu lepas itu, wad kami di h4ntui dengan bunyi ketukkan pintu tandas staff dari arah dalam walaupun tidak digunakan. Bunyi ketukkan kuat itu akan bermula seawal 10.45 malam sehingga Subuh dan berlangsung selama beberapa hari.

Sumber : mimin alibaba / kchm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *