Selebriti/Artis

Aina Abdul buat hal keIirukan orang ramai dengan gaya bertudungnya.

Di sebalik kemeriahan sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung petang semalam, muncul pula kritikan tidak enak mengenai imej yang dibawa penyanyi bervokal mantap itu.

Menerusi beberapa komen di media sosial Aina, ada segelintir netizen yang menyamakan gaya h!jab penyanyi tersebut seperti bi4rawati gerejja atau ‘sister’.

Malah, ada juga yang mempersoalkan mengapakah Aina memilih gaya sedemikian.

Enggan isu tersebut menjadi lebih besar, Aina tampil memberi penjelasan mengenai gaya imej berkenaan.
“Sebenarnya look hari ini memang kita nak tampil macam ni. Bukan sebab apa tapi ni memang brand Aina Abdul.

“Memang akan ada elemen macam ni, surprise punya elemen.

“Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only,” katanya.

Tambah Aina, fesyen digayakan itu juga hanya sekadar ‘statement’ yang bersifat sementara.

“Fesyen just untuk statements, temporary statement. Bukan kita pakai macam ni, saya berubah saya memuja something.

“Ini cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan sesuatu yang lain.

“Bagi di luar sana, kalau nak follow, follow la, if tak, saya bukan suruh orang semua pakai tudung macam ni.

“Kalau nak pakai good for you,” katanya.

Aina berkata demikian majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA)l 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, petang semalam.

Difahamkan, jualan tiket ANWAA menerima sambutan positif dan sudah dijual lebih 85 peratus.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.