Info

Walaupun kurang berjaya tetapi sasaran masih tercapai.

Sukan teras seperti renang yang hanya meraih satu dari 40 pingat emas dipertandingkan, olahraga (5 daripada 47 emas ditawarkan), menemb4k (2/22), taekw0ndo (1/19), mem4nah (2/10), kanu (0 19), Iawan ped4ng (0/12) dan angkat berat (0 14), sepatutnya menyumbangkan lebih banyak peratusan emas yang ditawarkan.

Pencapaian di Hanoi ini, kali kedua Malaysia tidak berada di kedudukan lima terbaik dalam sejarah penganjuran temasya tersebut bermula 1959, yang ketika itu dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP), selepas kali pertama pada edisi 1983 di Singapura.

Ketika merumuskan pencapaian kontinjen negara pada temasya kali ini, Nur Azmi berkata daripada 36 emas disasarkan, hanya 11 sukan menepati sasaran, manakala enam sukan tidak berjaya.

Kejayaan 39 emas dimenangi Malaysia bersamaan dengan 7.43 peratus emas dipertandingkan, memberikan indikasi Malaysia bukanlah kuasa besar sukan di Asia Tenggara, jika dit0Iak tepi sukan tradisional seperti vovinam, kurash dan k!ck b0xing.

“Renang yang sepatutnya dapat dua emas hanya mendapat satu, memanah (2/3), silat (2/3), petanque (0/2), e-sukan (0/1) dan boling (0/1). Kalau nak kira, sepatutnya sasaran telah dicapai pada Isnin lepas (16 Mei).

“Tetapi apabila sasaran itu gagaI dicapai, kita terp4ksa tampung balik menggunakan emas bonus dimenangi daripada lapan sukan termasuk golf, kar4te, wvshu, taekw0ndo, men3mbak, berbasikal dan gimnastik.

Namun, tahniah kepada semua atlet yang mengharungi pelbagai haIangan seperti C0vlD-19, dan ibu bapa yang benarkan mereka berlatih dan bert4nding ketika Ramadan dan hari lebaran,” katanya.

Di sebalik kekeccewaan pencapaian sederhana kali ini, selain kegagaIan beberapa atlet senior dan berpengalaman untuk menaiki podium, pemilihan atlet muda dan kali pertama menyertai Sukan SEA memberi isyarat yang positif dan masa depan yang cerah kepada kemampuan Malaysia, di temasya sukan akan datang.

Daripada 584 atlet mewakili negara pada kali ini, 367 adalah yang pertama kali menyertai Sukan SEA, dengan 39 peratus (142 atlet) berjaya menyumbangkan pingat buat negara dengan 15 emas, 21 perak dan 44 gangsa.

Daripada 119 atlet muda berumur 21 tahun ke bawah, 68 peratus (81 atlet) berjaya menaiki podium dengan memenangi sembilan emas, 17 perak dan 34 gangsa, manakala 51 peratus daripada 225 wanita pula menyumbangkan 14 emas, 16 perak dan 34 gangsa.

“Jangan leka dengan kemampuan melepasi sasaran ditetapkan pada kali ini, edisi ke-32 di Kemboja akan berlangsung kurang dari setahun, segala persiapan mengejar kegemilangan harus bermula sekarang. Jadikan kebangkitan ramai atlet muda yang membuktikan kemampuan wibawa kali ini sebagai platform untuk ‘menjelmakan’ mereka,” katanya.

Ahmad Faizal juga tidak mahu mana-mana pihak mengatakan beliau menuding jari kepada atlet atau NSA, tetapi ia perlu dilihat sebagai cara untuk meningkatkan prestasi kont!njen negara pada temasya sukan akan datang.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian semua atlet, tetapi apa yang kita nak lakukan adalah untuk menilai diri kita untuk jadi lebih baik, tiada sesiapa menyertai temasya untuk berseronok duduk tempat c0rot,” jelasnya.

Acara penutup temasya Sukan SEA Hanoi akan berlangsung malam ini.

Hmm rupa-rupanya ramai netizen tak puas hati nampaknya.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *