Info Semasa

Harga minyak yang naik baru-baru ini dijangka akan kekal lama dan sukar untuk turun kembali.

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan harga minyak yang tinggi ketika ini akan berpanjangan memandangkan stok minyak global yang rendah dalam tempoh beberapa tahun ini masih berterusan.

Firma itu berkata, di sebalik ikrar Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana dengan tambahan 400,000 tong sehari setiap bulan pada April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

Ini disebabkan pengeluar syal Amerlka Syarikat (AS) yang mufIis, harga karbon dan peraturan lain akibat perubahan iklim, pelaburan yang rendah untuk meningkat kapasiti minyak dan mandat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi pelaksanaan ny4hkarbon.

“Berikutan g4ngguan ini, kami berpandangan inventori minyak global yang rendah selama beberapa tahun (menurun 17% kepada 2.65 bilion tong pada Feb 2022 daripada paras tertinggi 3.2 bilion tong pada Julai 2020) dijangka berpanjangan.

“Ini akan meningkatkan lagi tek4nan ke atas harga minyak global pada masa hadapan,” katanya dalam nota kajian pada Rabu.

Turut menyumbang kepada situasi tersebut, termasuklah keteg4ngan geop0litik yang semakin meningkat terutamanya per4ng Rus!a-Ukra!ne.

Sebelum tercetvsnya per4ng antara kedua-dua negara ini, harga minyak mentah sudah berada dalam aliran menaik kerana permintaan disokong oleh pembukaan semula selepas p4ndem!k C0VlD-19.

“Secara menyeluruh, per4ng Rus!a-Ukra!ne yang berlarutan dan rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk menghar4mkan import minyak Rus!a sebagai t!ndak baIas kepada pencer0b0han Ukra!ne akan meningkatkan lagi harga minyak.

“Keadaan ini disebabkan EU berg4ntung kepada Rus!a, merangkumi 26% daripada bekalan minyaknya,” jelasnya.

Menurut HLIB, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mendapati hampir 3 juta tong sehari pengeluaran Rus!a tidak dapat dijual disebabkan sek4tan antarabangsa.

“Oleh itu, kami melihat, jur4ng bekalan minyak yang semakin melebar, tidak mungkin dapat dipenuhi oleh negara pihak ketiga.

“Situasi ini memandangkan Rus!a membekalkan kira-kira 10% daripada minyak dunia bersama beberapa pengeluar minyak dunia, menghampiri kapasiti had gantian mereka,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Bloomberg yang memetik sumber, China memberi isyarat bahawa sek4tan pergerakan di Shanghai akan berakhir tidak lama lagi, kemungkinan pada akhir bulan ini.

“Jadi, sebaik sahaja kerajaan mula menarik balik sekatan ini yang telah mengg4nggu kehidupan berjuta-juta orang di bandar paling ramai penduduk daripada pergerakan hinggalah pengeluaran perindustrian, import minyak sepatutnya meningkat menjelang musim panas.

“Ini akan didorong permintaan yang tinggi, seterusnya meningkatkan harga komoditi di tengah-tengah bekalan pasaran yang ketat,” jelas HLIB lagi.

Dengan mengunjurkan harga minyak Brent akan berlegar pada purata AS$85 hingga AS$90 setong bagi tahun ini, firma itu mengulangi pandangan ‘0verweight’ terhadap sektor minyak dan gas (O&G).

“Dalam persekitaran harga minyak yang tinggi, tidak mustahil untuk membayangkan jika syarikat O&G huluan mungkin diberi insentif untuk mengembangkan kapasiti mereka bagi memanfaatkan hasil minyak yang lumayan,” katanya.

Secara keseluruhan, HLIB lebih cenderung kepada syarikat O&G yang mempunyai pendedahan kepada aktiviti huluan dalam penerokaan dan pengeluaran seperti Hibiscus Petroleum Bhd. dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX).

Ia memberi saranan ‘beli’ terhadap Hibiscus dan DNeX dengan harga sasaran masing-masing pada RM1.85 dan RM1.64 sesaham.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *