Hiburan Info

Anak balik dari sekolah tiba-tiba siang tadi ditegur “makhluk” sewaktu di tandas

BERCAKAP DENGAN R0H?
Anakku namanya Eca. Umur 14 tahun dan berada dalam tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah. 3 hari lepas, waktu selepas Isyak… tengah saya lepak menonton movie di netflix, Eca datang duduk atas kusyen dekat dengan saya. Kalau macam tu selalunya ada perkaralah yang dia nak bgtau saya… dan telahan (tekaan) saya memang betul. Kata Eca tadi masa kat sekolah dia bercakap dengan r0h budak yang bunh diri kat tandas sekolah.

Kata Eca, petang tadi masa di sekolah, ada kawan dia takvt nak gi ke tandas. Warga sekolah tu semua dah maklum tentang khabar angin yang pada suatu waktu dahulu ada seorang pelajar sekolah tersebut yang telah membnuh diri di dalam satu tandas di sekolah tu. Sebab tulah ramai yang takvt nak gi tandas. Jadi Eca temankan kawannya pergi ke tandas tu.

Sampai je kat tandas, ada satu makhluk bagi salam kat Eca. Makhluk tu macam bayang2 je… kawan Eca tak nampak pun… Eca sorang yang nampak dan dengar dia bagi salam. Eca jawab salam… pastu boleh pulak Eca tanya benda tu sama ada dia ada kacau orang atau tak. Biasanya Eca ni pen4kut… tido bilik sendiri kat rumah pun kadang2 pasang lampu.

Benda tu cakap kat Eca, dia cuma kacau orang yang cakap besar je. Jadi Eca bagitaulah kawan dia apa yang benda tu cakap.
Saya cakap kat Eca.. entah ye la benda tu adalah roh budak yang bunuh diri. Eca cakap dia percaya sebab makhluk tu bagi salam. Saya cuma senyum sambil cakap dalam hati… budak2 dah tentu belum faham tipu daya set4n. Lepas Eca naik ke bilik dia, saya cuba s!asat makhluk apa yang bercakap dengan Eca tadi.

Saya tutup dulu movie yang sedang saya tonton… pastu saya panggil makhluk yang kononnnya r0h budak yang bercakap dengan Eca tadi. Susah nak jelaskan camna saya panggil benda tu.. nanti jadi novel lak citer ni.. hehe. Datang je makhluk tu dia bebel2… katanya dia tak kacau saya, kenapa saya kacau dia. Saya cakaplah yang dia ada borak dengan anak saya, jadi saya kenalah s!asat dia tu sapa.
Saya cakap kat dia, “Ko tipu Eca kan? Ko bukan r0h kan?” Dia mengaku menyamar sebagai r0h. Sebelum ni memang saya dah ada pengalaman dengan set4n yang boleh bagi salam dan boleh ajuk orang baca ayat2 qur4n…

set4n yang macam ni adalah set4n yang pernah beragama IsIam tapi murt4d. Kalau set4n kaf!r, bagilah salam macamana pun dia tak akan jawab salam.. apatah lagi untuk dia dulu yang bagi salam kat orang.
Aku tanya betul ke dia cuma kacau orang yang cakap besar? Dia cakap betul. Patutlah tak ramai pun budak kena kacau waktu guna tandas tu. Nasiblah sapa yang cakap besar tu.
M0ralnya… jangan suka cakap besar dan jangan mudah tertipu dengan set4n yang mengaku dia tu benda lain. Akan datang saya akan kongsikan macamana saya borak dengan set4n yang mengaku tuan dia hantar tapi tuan dia tu tak tahu menahu pun. Kess macam ni lah yang menyebabkan banyak selisih faham antara kita… sebab mudah percaya kata set4n. Nanti ada pulak yang cakap… saya pun borak dengan setan dan percaya cakap dia… hahaha… tak sempat saya nak explain semua perkara tentang diri saya dalam kisah2 ni… jadi terpulanglah tuan2 dan puan2 nak pikir macamana…
Apa2 pun niat saya cuma satu, semoga kita semua terlindung dari terjebak dengan hubungan dan f!tnah set4n.

Sumber : KCHM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *