Dunia Info

“Dunia bakal hadapi masaIah kebuIuran”.India sekat jualan gandum ke serata dunia.

Kerajaan India telah menyek4t semua eksport gandum berkuat kuasa serta-merta dan langkah itu berkemungkinan akan mempengaruhi kekurangan bekalan makanan gIobal, lapor The Telegraph.

Menjadi pengeluar gandum kedua terbesar di dunia, India dijangka menambah bekalan yang terjej4s tervk akibat per4ng di Ukr4ine, yang menyebabkan eksport dari rantau Laut Hitam merudum.

Difahamkan, gelombang panas yang terik telah menyekat pengeluaran gandum di India dan harga domestik juga telah melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa.

Bagaimanapun, pihak kerajaan berkata mereka masih lagi akan membenarkan eksport yang disokong oleh surat kredit yang telah dikeluarkan.

Ia termasuk kepada negara-negara yang meminta bekalan ‘untuk memenuhi keperluan keselamatan makanan mereka’.

Sekatan itu dipercayai boleh menaikkan harga global ke puncak baharu dan menjejaskan pengguna misk!n di Asia dan Afrika.

Sebelum sek4tan itu, India menyasarkan untuk menghantar rekod 10 juta tan tahun ini. Justeru, ia mengejutkan ramai pihak termasuk peniaga.

“Sekatan itu mengejutkan, kami menjangkakan sekatan eksport selepas dua hingga tiga bulan tetapi nampaknya angka inflasi mengubah fikiran kerajaan,” kata peniaga yang berpangkalan di Mumbai dengan firma perdagangan global.

Kenaikan harga makanan dan tenaga mendorong infIasi runcit tahunan India naik ke paras tertinggi pada April.

Ia sekaligus mengukuhkan pandangan ahli ekonomi yang menyatakan bahawa bank pusat perlu menaikkan kadar faedah dengan lebih agres!f untuk mengekang harga.

Harga gandum di India telah meningkat kepada rekod tertinggi di beberapa tempat iaitu 25,000 rupee (RM1,411) setan.

Peningkatan itu jauh melebihi harga sokongan minimum tetap kerajaan iaitu 20,150 rupee ( RM1,137).

Sementara itu, India juga telah menggariskan sasaran eksport untuk tahun fiskal ini.

Mereka turut akan menghantar delegasi perdagangan ke negara-negara seperti Maghribi, Tunisia, Indonesia dan Filipina untuk meneroka cara untuk meningkatkan lagi penghantaran.

Pun begitu, kenaikan suhu yang mendadak pada Mac lalu menjadikan saiz hasil tanaman mungkin lebih kecil daripada jangkaan iaitu kira-kira 100 juta tan atau lebih rendah.

Kerajaan India telah menganggarkan pengeluaran akan mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu 111.32 juta tan.

Susulan kenaikan harga gandum global selepas Rus!a menyer4ng Ukr4ine, India mengeksport rekod tujuh juta tan gandum pada tahun fiskal hingga Mac.

Ia meningkat lebih 250 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pada 2020, Ukr4ine merupakan pengeksport gandum kelima terbesar di dunia, dengan negara berpendapatan rendah seperti Bangladesh dan Lubnan antara penerima manfaat.

Tetapi, eksport bijirin dari pelabuhan Ukr4ine telah terg4nggu disebabkan oleh per4ng di negara itu beberapa bulan yang lalu.

Dalam pada itu, Pertubuhan B4ngsa-B4ngsa Bersatu (P.B.B) telah mengeluarkan am4ran mengenai kr!sis kebuluran global susulan daripada pergoIakan di Ukr4ine itu.

Sumber : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *