Selebriti/Artis

Suhaimi Saad kesaI dengan t0hmahan netizen yang mengatakan beliau “makan duit” isteri.

KERAP menerima pertanyaan mengenai sumber pendapatan, penyanyi nasyid Suhaimi Saad mengakui dia tidak gemar berkongsi perkara itu secara umum.

Bagaimanapun, Suhaimi menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok berkata dia terp4ksa membuat penjelasan soal itu agar netizen berhenti bertanyakan soalan sama.

“Sebenarnya SS (Suhaimi Saad) tak suka sangat bercerita fasal pendapatan, gaji semua pada orang. Tapi ramai sangat tanya fasal ini.

Suhaimi Saad

Suhaimi mempunyai banyak sumber pendapatan.

“Kalau SS buat live pun, ramai penonton tanya ‘abang kerja apa, abang buat apa sekarang, abang tak kerja ke?’ Bila SS cerita, harap tak ada lagi orang bertanya,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 41 tahun ini, dia juga mempunyai sumber pendapatan dari hasil kutipan ’r0yalti’ yang diterima menerusi lagu nyanyian dan ciptaannya.

Biarpun kutipan itu tidak sampai ratusan ribu ringgit, namun bekas anggota kumpulan In-Team ini masih mampu menampung pembelanjaan isteri iaitu Ina Naim dan anak-anak dalam tempoh beberapa bulan.

“Kalau korang pergi dekat Google, taip Suhaimi Saad akan keluar gambar SS dan tulis penyanyi. AlhamduliIIah saya dah menyanyi dari 2000 hingga sekarang. Ada lebih 10 buah album termasuk bersama In-Team dan solo serta kompiIasi.
Untuk mingguan, saya mengajar anak-anak mula dari Ahad hingga Khamis.SUHAIMI SAADPENYANYI NASYID

“Jadi setiap lagu yang diputarkan di radio, TV, pusat karaoke dan sebagainya, ada pihak akan kutip r0yalti dan bayar. Termasuk penyanyi, penulis lirik, pencipta lagu dan juga pemuzik. SS dapat tiga la dari empat itu… sebab tak main muzik.

“Jadi r0yalti ini dibayar secara tahunan, dua kali setahun. Tak ada la sampai ratusan ribu tapi kalau kita pandai berjimat Insya-AIIah cukup untuk beberapa bulan.

“Kalau SS meninggaI dunia nanti, royalti ini akan bayar kepada waris iaitu Ina Naim dan anak-anak. Itu SS boleh katakan sebagai pendapatan buIanan,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kias Cinta ini turut memberitahu dia juga membuat kelas mengaji AI-qvran dengan meletakkan yuran bayaran sebanyak RM100 selain memberikan khidmat urutan dan perniagaan secara talian bersama isteri.

Suhaimi Saad

Suhaimi masih mampu tanggung keluarganya.

“Untuk bulanan sebelum ini, saya buat kelas AI-qvran belah malam, sebab siang SS mengajar anak-anak dan ada urusan lain.

“Katakan seorang baca AI-qvran, secara online mengaji, dia bayar RM100, kalau ada lima orang murid, maknanya ada RM500 sebulan.

“Untuk mingguan, saya mengajar anak-anak mula dari Ahad hingga Khamis. Jadi Jumaat dan Sabtu cuti. Bila cuti, saya buat khidmat urut… pernah viral.

“Katakan satu hari tiga orang dan darab RM100 jadi RM300 sehari. Dua hari boleh dapat hingga RM400. Itu pendapatan mingguan. Pendapatan harian pula saya ada buat bisnes online bersama Ina,” katanya.

Untuk rekod, Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *