Info Semasa

“Kau ada?” Najib Razak bercuti ke luar negara atas jemputan keluarga diraja

KUALA LUMPUR – Mahk4mah Tinggi di sini pada Isnin diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli keluarganya telah bercuti atas kapal layar ke selatan Perancis, perairan Greece dan Itali sejak 2009 hingga 2013 atas jemputan Putera Kuwait, Putera Saudi dan Putera Abu Dhabi.

Bekas pegawai khas kepada Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail, 48, berkata, setiap maklumat berkaitan destinasi percutian itu dimaklumkan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam bur uan Low Taek Jho atau Jho Low.

Saksi pend4kwaan ke-16 itu berkata, pada Ogos 2009, beliau telah dihubungi oleh Jho Low dan memaklumkan bahawa Najib sekeluarga akan bercuti di selatan Perancis atas jemputan seorang Putera Kuwait dan seorang sahabatnya bernama Syeikh Hamed di atas kapal layar milik mereka iaitu RM Elegance.

Wan Ahmad Shihab berkata, Jho Low juga telah memberikannya nombor telefon seorang lelaki bernama Mr Sahle untuk membuat persiapan percutian itu.

Beliau kemudian mengesahkan perkara tersebut dengan Najib sebelum menghubungi Mr Sahle untuk memberikan maklumat rombongan percutian tersebut, termasuk senarai nama keahlian rombongan, tempoh percutian dan segala keperluan yang diperlukan di sana.

“Percutian tersebut turut disertai oleh Datin Seri Rosmah Mansor, anak-anak beliau iaitu Nor Ashman, Nooryana Najwa dan Riza Shahriz Abdul Aziz. Selain itu terdapat juga kawan-kawan Najib, termasuk Tan Sri Bustari Yusuf dan seorang anaknya.

“Jumlah keseluruhan peserta rombongan percutian tersebut adalah lebih kurang 20 orang termasuk pegawai pengiring serta pembantu rumah,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pend4kwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Ketika menceritakan lebih lanjut mengenai percutian di Selatan Perancis itu, Wan Ahmad Shihab berkata, pada hari kedua atau ketiga pelayaran, Najib telah memaklumkan kepadanya bahawa terdapat seorang Putera Saudi berada di sebuah kapal lain yang berdekatan dan beliau telah menjemput Najib sekeluarga untuk minum petang di atas kapal mereka.

“Saya kemudian telah memaklumkan kepada Mr Sahle untuk menyediakan bot kecil untuk kami pergi ke kapal Putera Saudi tersebut. Seingat saya nama Putera Saudi tersebut adalah Putera Turki.

sumber : sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *