Info

“Nasib baik ada jemaah sur4u bantu” dua beranak berbangsa india lega dari pan!k

PERNAHKAH anda berdepan dengan situasi di mana kereta yang dipandu dalam keadaan baik secara tiba-tiba berhenti di tengah jalan?

Sudah pasti situasi yang tidak dijangka itu diselubungi rasa cem4s dan pan!k sehingga berpeluh-peluh.

Begitulah yang dialami oleh seorang wanita apabila keretanya ‘buat hal’ ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjemput anak-anaknya di tadika.

Namun siapa sangka, ins!den tersebut menghadirkan 1,001 hikmah dan kemanisan untuk dikenang sepanjang hayat.

“Seperti biasa, lepas balik kerja, saya bergegas untuk ambil anak-anak dari tadika dan rumah mak mertua.

“Siapa sangka, kereta saya tiba-tiba berhenti di jalan raya. Langsung tak boleh bergerak, hanya enjin kereta sahaja yang hidup. Saya terus pan!k.

“Ditambah dengan stresss kereta-kereta lain yang membunyikan hon dari belakang. Maklumlah, jam tepat 7.10 malam dengan waktu berbuka puasa sudah dekat dan masing-masing mengej4r masa,” kongsi wanita bernama TK Letchumy menerusi satu bebenang di Twitter.

Dalam situasi cem4s itu, jelasnya, dia cuba memberanikan diri dengan membuat panggilan kepada suami agar segera datang ke lokasi kejadian bagi memberi bantuan.

“Anak dah tanya kenapa kereta tak bergerak. Muncul pula bas sebesar ‘badak’ hendak lalu di jalan yang agak sempit. Bas membunyikan hon dengan kuat meminta saya alihkan kereta. Cem4s!

“Masa tu dah nak n4ngis… tak tahu nak buat apa. Dengan tidak diduga, datang seorang abang yang menunggang motosikal. Saya pandang sekeliling. Baru perasan ada sebuah sur4u di situ.

Letchumy menzahirkan ucapan terima kasih kepada jemaah sur4u berkenaan kerana membantu dan melayaninya dengan baik.

“Abang tu baru keluar dari sur4u tersebut. ‘Apa jadi dik? R0sak ke? Manual ke auto?’ tanya abang tu. Lega sedikit apabila ada orang tanya begitu,” katanya.

Tanpa melengahkan masa, lelaki tersebut cuba membantu menghidupkan enjin kereta Letchumy namun tidak berjaya.

Lelaki itu mengajak beberapa rakannya yang turut berada di sur4u yang terletak di Ampang, Selangor, bagi membantu menoIak kereta Letchumy ke tepi jalan agar tidak menghalang lalu lintas.

“Sementara menunggu bantuan baiki kereta sampai, saya dan anak-anak diberi tempat duduk di dalam sur4u tersebut.

“Kami disajikan dengan air soya sejuk walaupun mereka yang lain masih belum berbuka puasa. Setiap insan yang memasuki surau tersebut bertanya khabar kami dan ada pakcik tampil memberikan air mineral.

“Mereka meminta izin untuk berbuka puasa semasa az4n berkumandang sementara saya dan anak masih menanti bantuan,” kongsinya.

Bukan sekadar itu kata Letchumy, jemaah sur4u tersebut juga menunggu sehingga keretanya siap dibaiki dan memastikan dirinya serta anak-anak pulang dengan selamat.

“Saya amat terharu dengan bantuan sesama insan tanpa mengira kaum ini. Indahnya Malaysia dan Keluarga Malaysia. Terima kasih, Surau Baitul Ehsan!” tulisnya.

Sehingga kini perkongsian Letchumy di laman Twitter meraih lebih 7,000 retweet.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen turut berasa terharu dengan keindahan hubungan sesama rakyat Malaysia menerusi kisah yang dikongsikan Letchumy.

“Buka tweet keluar cerita macam ni rasa gembira, hiba dan berbagai perasaan ada. Terima kasih jemaah sur4u berkenaan memberi bantuan. Moga kita semua dlm lindunganNYA,” komen @aimanairin.

“Tak kisah ag4ma atau bangsa, kita tetap rakyat Malaysia yg saling menghulur bantuan sesama kita,” komen @fuaddmf pula.

“Ramai lagi orang yang baik dekat Malaysia ni. AlhamduliIIah,” komen @irfanzul.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *