Info Semasa

Hari Raya Aidilfitri akan disambut awal sehari dari tarikh kalendar?

Gara-gara terlalu teruja nak balik kampung untuk sambut hari raya, ada segelintir pihak sanggup mengeluarkan kenyataan hari raya bakal disambut awal sehari iaitu 2 mei.

Melaka: Balai Cerap Al-Khawarizmi menyangkal dakwaan kononnya Aidilfitri tahun ini akan disambut sehari lebih awal dan bukannya pada 3 Mei.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Facebook rasmi agensi di bawah Jabatan Ag4ma IsIam Melaka (JAIM) itu, Balai Cerap Al-Khawarizmi memaklumkan tangkap layar yang tular itu adalah paIsu.

“Kaedah penetapan awal bulan IsIam di Malaysia 3 adalah secara imkanurukyah (Ruky4h dan Hisab) yang mana Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi ditetapkan di seluruh Malaysia.

“Hasil keputusan Rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H dan keputusan kenampakan Hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja,” menurut kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu juga memaklumkan, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan Rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.

Terdahulu, tular t4ngkap layar kenyataan kononnya dikeluarkan pihak Balai Cerap Melaka meminta umat IsIam bersedia untuk kemungkinan tarikh Syawal tahun ini berubah kepada awal sehari daripada yang tertera di kalendar.

Hal ini kononnya perkiraan syarat kenampakan Hilal tahun ini mengikut format baharu dan umat IsIam diminta bersedia sekiranya diumumkan pada 2 Mei.

komen-komen netizen mengenai kenyataan tersebut sangat menghiburkan hati. hai lah pelik-pelik je orang yang bertanggungjawab sebar berita paIsu ni kan.

sumber : harianmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *