Info Viral/Trending

“Fakta menarik pesawat Sekinchan” Dengar-dengar kos bawak pesawat ni dari Senai ke Sekinchan bernilai RM300K.

Ini Maklumat Pesawat Boeing 727 Yang ‘Mendarat’ Di Tengah Sawah Sekinchan

Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikatakan ‘mendarat’ di tengah-tengah sawah di Sekinchan Selangor.

Sebenarnya ia bukanlah mendarat dalam erti kata sebenarnya tetapi ‘mendarat’ dengan dibawa ‘khas’ ke Sekinchan menggunakan jalan darat.

Selepas melalui perjalanan panjang lebih 400 kilometer dari Lapangan Terbang Senai akhirnya ia tiba dilokasinya terletak di Ban 3 Parit 5 Sekinchan.

Kisah itu mendapat perhatian warga maya dan cerita itu semakin tular. Persoalannya apakah jenis pesawat itu dan berapa umurnya?

Video :

 

Hasil kajian dan analisis melalui carian di laman sesawang pesawat mendapati ia adalah jenis Boeing 727-277 yang sudah berumur 40 tahun 9 bulan mengikut rekod pendaftaran (manufacture date) pada 18 Jun 1981.

Mengikut data berkenaan pesawat berkenaan bermula dengan Ansett Airlines of Australia pada 25 Jun 1981 dan seterusnya beberapa syarikat penerbangan dunia termasuk Neptune Air dan Pos Malaysia.

Pesawat berkenaan berada di lokasi terakhirnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di bawah MATA Aircraft Maintenance.

Berikut disertakan foto-foto pesawat berkenaan yang ditangkap layar di laman sesawang Jetphotos.com, Planespotter.net semasa ia berkhidmat.

Info Pesawat :

CN/MSN: 22643
LINE No: 1762
Registration: 9M-NEP
Airline: Neptune Air
Delivery Date: 2009-10-06
Engine Model: JT8D-15(HK3)

Makin meriahlah suasana sawah padi di sekinchan nanti. Macam-macam dah ada. Boleh jana pendapatan kepada negara dan beri peluang pekerjaan kepada penduduk si sana.

Sumber : fb MOHD EZLI MASHUT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *