Info Semasa

“Ustz kena tegur” Ada yang k0yak bila ustz tujukan “mu tu bodo” kepada orang yang dimaksudkan

Setiap pend4kwah atau penceramah ag4ma mempunyai identiti serta stail mereka yang unik dan tersendiri.

Masing-masing mempunyai perwatakan yang berlainan yang lahir dari latar belakang pendidikan dan pengalaman hidup yang berbeza.

Kebiasaannya, seorang ustaz memang suka menceriakan suasana dengan melawak. Tetapi, ada juga yang didapati terlalu selamba menggunakan bahasa yang kurang sopan ketika berceramah.

Seperti yang didedahkan oleh Asraff Jeffery melalui satu hantaran di Facebooknya, seorang ustaz popular ini selalu menggunakan perkataan ‘b0doh’ dalam dialek Terengganu ketika berceramah.

Beliau yang agak ters!nggung telah membuat hantaran berikut sebagai teguran agar kita sama-sama dapat bermvhasabah dan memperbaiki diri di bulan Ramadan yang mulia ini.

Saya ada tengok video seorang Ustaz yang popular dengan ‘B0DDO’ jawab soalan penonton tentang layakkah seorang Mvslim mem-boddo-kan orang lain.

Ustaz itu memberi alasan sebab semua antara kita asalnya bod0h, bila diajar baru jadi cerdik.

Kemudian ditambah lagi supaya terus berterus-terang. Kalau tak nak guna kurang cerdik, boleh sebut bod/h. Dan tak perlu sebut Non-Muslim tetapi terus sebut kafir. Anda boleh cari sendiri video tersebut.

Saya terus teringat flrman AIIah dalam surah Taha ayat 43 dan 44;

“Pergilah kamu berdua kepada Fir4un, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufvrannya.

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang Iemah-lembut, semoga ia beringat atau takvt”.

Ayat ini diturunkan kepada N4bi Musa dan N4bi Harun untuk pergi berd4kwah kepada manusia yang mengaku dirinya Tuh4n. AIIah pesan supaya N4bi AIIah berdua guna kata-kata yang lembut, bukan kata-kata yang kasar.

Yang mana kita nak ikut?

Ramai pengikutnya mempertahankan amalan Ustaz tersebut katanya ‘B0DDO’ dalam loghat Tganung bersifat manja. Saya pun belajar di Terengganu dulu.

Tapi manja tak manja perkataan itu, cuba ada kawan sembang dengan kita, dia sebut B0DDO dekat mak ayah kita, manja lagi ke tak? Nak sebut dekat ibu bapa orang lain pun kita fikir tiga empat kali walaupun dengan niat bergurau.

Kenapa dalam banyak-banyak perkataan yang ada di atas muka bumi ini, perkataan itu juga yang digunakan?

Bila kita berd4kwah, kita kena jaga hati semua pihak. Tidak boleh buat sesuatu yang membuatkan pendengar rasa tidak selesa. Bukan tiada perkataan lain yang lebih mesra untuk digunakan, banyak.

Ustaz tidak m4ksum, mereka tidak lari dari melakukan kesaIahan. Yang masuk ke dalam Syurga AIIah bukanlah orang yang alim. Yang mulia di sisi AIIah, bukanlah Ust4z. Tetapi mereka yang bertaqwa. Dan adakah orang yang bertaqwa pada AIIah akan membenarkan kata-kata kesat?

Pesan saya, jangan sesekali taksub pada susuk tubuh seseorang atau apa-apa sahaja kecuali pada AIIah. Benar, mungkin Ustaz itu hebat, dia banyak ilmu, tampak beriman tetapi selagimana dia adalah manusia, dia tidak akan lari dari kesaIahan. Perkara yang baik kita ambil, yang burvk kita tegur. Ini perangai Mukmin.

Belajar untuk letak sempadan.

Selamat berpuasa.

Sumber : Facebook Asraff Jeffery

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *