Info Semasa

Mula-mula nak OOTD kat sini tapi lain pula jadi lepas dapat tahu kawasan tu ada kisah sedlh.

Yang pacak-pacak kayu berwarna hitam itu adalah asalnya tiang rumah. Dahulunya atas tiang-tiang itu berdirinya ratusan rumah.

Mungkin tak ramai yang tahu akan situasi keb4karan yang paling besar di Sabah pada 17 Mac 2022. MaIangnya berita ini tidak viral. Jangan ditanya kenapa.

Kuasa viral bukan ditangan seorang individu, seperti saya. Tetapi netizen secara kolektif, seperti anda. Dalam cerita ini, ratusan rumah h4ngus terb4kar.

Ratusan keluarga tiada tempat kediaman. Semua mereka kini menumpang dalam surau, rumah jiran. Lebih menyed!hkan lagi ada sepasang suami isteri, usia atuk dan nenek kita membikin rumah sementara.

Kayu-kayu terbiar sebagai dinding. Kanvas sebagai bumbung. Namun lihatlah, mereka masih mampu tersenyum dalam gambar. Seperti harta mereka tidak hiIang, rumah mereka tidak h4ngus.

Sabah di belah sini terik di siang hari, namun hujan ribut di belah malam. Bagaimana lah agaknya mereka tidur malam ini agaknya?

Berbuka dan sahur dengan makanan apa, jangan tah lagi. Entah-entah tiada. Keadaan mereka entah sampai bila lagi begini. Katanya bantuan sudah dijanjikan. Tapi mungkin mereka lupa tanya bila ia akan dilunaskan.

Mereka yang memikul pun mampu sabar. Kita yang melihat takkan nak persoal.

Cerita & video akan diperincikan lagi dalam Youtube. Tetapi untuk nukilan kali ini, aku akhiri dengan sebuah persoalan. Untuk diri sendiri. Bukan orang lain. Jangan terasa. Mohon.

Bulan Ramadan ini, memang aku meriah mencari rezeki. Banyak job. Bisnes lancar. Habis pulang, singgah ke Bazaar, membeli juadah. Balik terawih, moreh. Terus tidur untuk puasa esoknya.

Persoalannya:

Jika berpuasa itu adalah juga untuk merasakan lapar dan dahaga orang yang fakir…

Apakah puasa aku ini benar-benar “puasa” jika ibadah aku itu dilakukan dalam keadaan mewah, membazir dan tak sama langsung dengan orang-orang daif yang aku jumpa?

Kalau yang aku lihat itu daif, kenapa lapar aku berbeza dengan mereka? Kenapa dahaga aku tetap selesa berbanding mereka? Hakikatnya Lain
Cukup Lain.

 

P/S: Haze hadir ke Tawau bersama @impactive_malaysia
Jika ada yang berminat untuk hulurkan sumbangan juga untuk keberkatan Ramadan, boleh tekan link di bio Haze.

Sumber : Fb Hazeman Huzir / liveconnection24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *