Info Selebriti/Artis

Makan minum dah tak lalu mulut tetapi hanya gunakan tiub undang sebak buat peminat.

Isteri kepada vokalis kumpulan, XPDC, Ali, Sharifah Azwana Syed Joned amat mengalu-alukan b4ntuan dari segi kewangan dan lampin pakai buang buat suaminya yang ketika ini sedang menerima raw4tan di H0spital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Harian Metro, Sharifah Azwana memaklumkan inis!atif tersebut sebenarnya telah dimulakan oleh sahabat suaminya, Fuad yang memanjangkan perkara tersebut di Faceb00k.

Katanya lagi, Ali ketika ini sememangnya bergantvng harap kepada lampin pakai buang dan susu buat masa ini.

“Dia (Fuad) ada tanya saya nak perlukan apa-apa tak. Saya kata buat masa ini lampin pakai buang dan susu. Cara dia cakap macam nak hantar, tapi dia tak dapat. Jadi dia bagi duit saja.

“Niat Fuad baik dan dia pun nak bantu. Sebab sekarang ini memang perlukan b4ntuan kewangan nak beli lampin pakai buang dan susu. Sekarang ini abang Ali gunakan sehari satu beg lampin. Semalam  pun ada dapat sumbangan dari Melaka berupa lampin pakai buang. Dia cakap tengok di Facebook.

“Jadi, kalau ada yang bagi duit boleh beli susu dan lampin pakai buang. Selain itu dapat juga tampung k0s perjalanan ulang alik dari rumah kami di Klang. Saya minta anak-anak belikan keperluan berkenaan. Sebab saya memang di h0spital saja menjaga abang Ali,” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, Sharifah Azwana turut memaklumkan keadaan kesihatan Ali kini telah pun menunjukkan tanda-tanda positif dan kini sedang giat menjalani proses fisi0terapi.

“AlhamduliIIah, abang Ali semakin pulih dan bertambah baik. Dia sudah dimasukkan ke h0spital di sini sejak Rabu lalu. Pada Khamis dan Jumaat pula sudah mula buat fisi0terapi. Baru dua hari sudah nampak perubahan. Dia sudah boleh jalan beberapa tapak walaupun menggunakan tongkat.

“Cuma masih tak boleh bercakap dengan lancar lagi. Makan dan minum susu pun menggunakan tiub sebab tekak dia masih sakit nak telan.

“Berdasarkan apa yang diberitahu oleh d0ktor, insya-AIIah abang Ali akan cepat sembuh. Semangat dia kuat. D0ktor jangka akan berada di h0spital selama tiga minggu. Tapi kalau semakin baik boleh keluar awal,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Ali telah dimasukkan ke H0spital Ampang dan terp4ksa ditidurkan selepas mengalami gangguan penafasan.

Ins!den tersebut difahamkan berlaku ketika Ali seledai menjalani latihan di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.

Latihan tersebut sebenarnya sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang sepatutnya akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac lalu.

 

Sumber : Harian Metro / mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *