Hiburan Info

(video) Tak sengaja terakam ‘dia’ dan bunyi ser4m di terowong kereta api lama

Seorang jurugambar yang ‘berpeluang’ meneroka sebuah terowong stesen terbiar bawah tanah di London berjaya merakam detik ser4m, lapor Mirror.

Menurut Mirror, jurugambar tersebut, Callum Cromwell merakam detik-detik ser4m di terowong usang yang digelarkan ‘Camden’s Rat Hole’ melalui lensa kameranya.

Difahamkan, detik yang paling menakvtkan jurugambar berusia 20 tahun itu adalah ketika dia terdengar gema bunyi kereta api di setiap ruang terowong tersebut.

“Satu-satunya yang menandakan terowong itu masih hidup adalah dinding yang diwarnakan dengan grafitti dan bunyi tapak kaki di atas kawasan berbatu.

“Rakaman seterusnya adalah menunjukkan cahaya obor yang samar-samar dipancarkan kepada trek yang sudah usang,” katanya, lapor Mirror.

Mengikut sejarahnya, terowong itu digunakan untuk mengangkut kuda dan juga kuda poni pada sekitar abad ke-19 lalu.

Selain itu, terowong tersebut juga dikatakan merupakan jalan pintas yang mem0tong laluan utama antara bandar Euston dan Chalk Farm.

“Ia merupakan salah satu kawasan yang saya ingin terokai sejak lima tahun yang lalu, dan baru-baru ini terowong ini baru boleh diakses semula.

“Terowong tersebut sebenarnya telah ditutup, namun dengan sedikit kajian dan penyelidikan, saya menemui jalan melalui laluan bawah tanah yang tersembunyi di London.

“Pintu masuk terowong itu sangat mudah untuk dimasuki, ia diperbuat dari  keluli gergasi besar yang panjangnya melebihi 900 ela dan mempunyai bau yang ‘lembab’.

“Penjelajahan gaya ‘urban’ adalah meneroka ke tempat-tempat terbiar (abandoned) yang tersembunyi namun terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi.

“Antaranya tidak melakukan ker0sakan dan tidak mencvri, hanya mengambil gambar lalu beredar,” jelasnya, lapor Mirror.

Memetik Mirror, terowong usang yang juga dikenali sebagai Camden Catacombs itu telah dibina oleh Robert Stephenson.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebahagian besar bilik kebaI dan terowong di situ dilaporkan tenggelam ak!bat banjir.

“Kejadian tersebut berlaku selepas terowong rahsia tersebut ditemui di Elstree,” lapor Mirror lagi.

Terowong ser4m di Malaysia

Baru-baru ini di Malaysia, dua orang rakan sekerja telah merakam ‘bunyi’ dipercayai daripada entiti m!stik di sebuah terowong  yang sedang dibina di Kuala Lumpur.

Difahamkan, ia berlaku di kawasan terowong underpass yang baru sahaja siap di Jalan Tun Razak.

Melalui rakaman tersebut, jelas terdengar bunyi m!stik tersebut dan mereka segera berpatah balik ke kawasan yang bercahaya.

Video:

 

Sumber : sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *