Hiburan Info

Litar Mandalika buat hal lagi.. hairan bin ajaib ye serpihan tar masuk dalam racing sut

TOPIK perbualan mengenai Litar Mandalika, Ind0nesia masih hangat diperkatakan walaupun pusingan kedua Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 sudah berakhir.

Bermula sesi pramusim yang menyaksikan tar mudah tanggal, diikuti isu tanah penduduk yang belum langsai, dan beralih pula kepada paw4ng Rara yang melakukan rituaI pelik ‘menghentikan’ hujan lebat.

 

Rata-rata pelumba ber4ksi dalam cuaca hujan dengan tayar motosikal menoIak keluar air dari permukaan trek hingga saingan ditamatkan. Malah perlumbaan terp4ksa ditamatkan lebih awal bukan disebabkan faktor hujan semakin lebat.

Beberapa penunggang memuat naik foto di media sosial untuk menunjukkan serpihan tar melekat pada dada masing-masing. Sebenarnya, trek itu baru selesai diturap berikutan masaIah tar tertanggal dari permukaan litar.

Inilah punca pihak penganjur memilih menamatkan perlumbaan awal walaupun masih berbaki tujuh lap lagi. Mungkin juga disebabkan 4ksi pembukaan lebih lewat akibat hujan lebat.

 

Anyone wants a souvenir from the #IndonesianGP? 🤪 Pieces of asphalt from the track! 🤯 / Alguien quiere un souvenir de #Mandalika? Pedazos de asfalto de la pista 🤯 pic.twitter.com/gldeUxItFt

— Alex Rins (@Rins42) March 20, 2022

Permukaan litar sebenarnya sudah dibaik pulih selepas sesi ujian pramusim, tetapi kadar ker0sakan selepas perlumbaan sebenar did4kwa lebih tervk. Kejadian itu menimbulkan kebimbangan terhadap aspek prestasi dan daya tahan permukaan trek untuk perlumbaan lain yang berlangsung.

Faktor hujan sukar dielakkan di rantau Asean dan bukan penyebab sepenuhnya kejadian tar tertanggal. Cumanya, permukaan trek kini menjadi satu masaIah besar. Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) akan diadakan di Litar Mandalika, November ini. Apa nasibnya?

Jika jentera ringan Moto2, Moto3 dan MotoGP boleh menyebabkan permukaan tertanggal, bayangkan apa akan terjadi jika jentera superbike yang lebih berat dan grid lumba lebih luas digunakan pada trek kontroversi itu. Khabarnya, pihak Litar Mandalika akan memulakan kerja penurapan semula permukaan trek dan ramai meletakkan harapan tugas kali ini akan dibuat sebaik mungkin.

Sumber : visordown

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *