Info Selebriti/Artis

Kalau dah AIIah jentlk hati kita, tak ada apa yang dapat palingkan hati kita dah. Tahniah buat saudara baru kita.

AlhamduliIIah ternyata hidayah itu milik AIIah diberikan kepada hambanya yang terpilih. Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, pada usia 79 tahun, pelakon veteran Margaret Gan yang sering menghiasi kac4 televisyen (TV) dalam drama menyentuh hati pada era 1980-an, beroleh hid4yah untuk melafazkan dua kalimah syah4dah.

Pada 15 Februari lalu, dalam suasana penuh emosi, Margaret yang sudah biasa dengan kehidupan orang Melayu dan amalan umat IsIam sejak zaman persekolahan, memeIuk IsIam di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 36.

Mohd Taufik terlebih dahulu mengucapkan dua kalimah syah4dah ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.

Lama Terdetik Hati Peluk IsIam

Berkongsi cerita, Margaret yang manis berhijab mengaku Mohd Taufik tidak pernah mendesak agar mengikut jejak langkahnya memeluk IsIam.

“Sebenarnya, hati sudah lama terdetik memeluk IsIam. Anak tidak pernah mendesak. Cuma sekali-sekala dia bertanya bila saya mahu peluk Islam.

“Minggu lalu, tiba-tiba saya terus bersetuju apabila dia bertanya lagi.

“Saya meminta dia menguruskan hal berkaitan pengisIaman. Anak memang terkejvt mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut saya hingga berkali-kali dia bertanya, apakah betul keputusan yang saya ambil.

“Taufik menangls terharu dengan keputusan ini (peluk IsIam). Mungkin dia sudah lama menantikan saat cukup bermakna ini,” katanya di majlis anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) di ibu negara, baru-baru ini.

Anak Ajar Lafaz Syah4dah

Margaret berkata, Taufik mengajarnya melafazkan syah4dah dan merakamkan video pada detik itu di kediaman mereka.

“Taufik kemudian menghantar rakaman video kepada seorang ustaz yang tidak sempat datang ke rumah kami.

“Insya-AIIah, kami akan pergi ke Pertubuhan Kebajikan IsIam Malaysia (PERKIM) minggu depan untuk urusan selanjutnya,” katanya.

Biasa Amalkan Cara Hidup IsIam

Margaret yang dilahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang IsIam terutama sejak Taufik menjadi musIim.

Ketika anaknya menyuarakan hasrat memeluk IsIam, Margaret tidak menghaIang, sebaliknya, meminta dia memikirkan keputusan itu sebaik-baiknya.

Margaret menasihati Taufik agar tidak ‘hangat-hangat tahi ayam’ kerana menyedari ada ramai saudara-mara yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai orang IsIam sebaik-baiknya selepas melafazkan syah4dah.

“Saya tidak haIang. Saya minta Taufik jangan buat separuh jalan. Ada saudara-mara yang masih mengamalkan cara hidup lama walaupun sudah beragama IsIam.

“Walaupun anak sudah memeluk IsIam, kami tinggal bersama. Soal makan dan sebagainya tidak menjadi masalah kerana apa yang anak masak, itulah yang saya makan.

“Sehinggalah apabila anak berkahwin dan memiliki dua cahaya mata, kami terus tinggal sebumbung walaupun berbeza agama, sebelum ini.

“Saya juga sudah biasa melihat mereka bersoIat dan mengamalkan gaya hidup IsIam. Jadi, tidak sukar untuk saya melafazkan syah4dah,” katanya.

Margaret pernah menghadiri ceramah Datuk Ustz Kazim Elias sebelum memeluk IsIam.

Galakkan Berlakon Pakai Hijab

Berkongsi mengenai penampilan yang kini bertudung, pelakon filem 29 Februari itu berkata, Taufik menggaIakkan agar dirinya berhij4b.

“Taufik beritahu jika saya mahu berlakon, saya perlu bertudung. Jika tidak, dia tidak galakkan saya berlakon tanpa memakai hij4b.

“Saya tiada masaIah untuk bertudung kerana sudah biasa melihat menantu dan cucu berhij4b.

“AlhamduliIIah, saya rasa lebih tenang. Lagipun, umur saya menginjak 80 tahun pada 2023. Jadi, tiada apa lagi yang perlu saya tunggu,” katanya yang mengekalkan nama sama.

Nama sebenar, Gane Ee Kek dan memulakan karier lakonan secara tidak sengaja pada usia lewat 20-an apabila sebuah syarikat produksi mencari pelakon berb4ngsa Cina.

Drama pertama lakonan adalah Kemarau Di Hujung Daun sebagai pelakon tambahan. Ini disusuli Dengan Keringat Aku Ingat dengan peranan lebih besar.

Sumber : mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *