Info Semasa

“Pelik Bin Hairan” Dah ambil eksekutif mat saleh pun tetap rugi setiap tahun. lagi hairan tak b4nkrap-b4nkrap.

KUALA LUMPUR: Kerug!an bersih P0s Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021 bertambah kepada RM335.73 juta daripada kervgian bersih sebanyak RM308.02 juta yang dicatatan semasa tahun kewangan 2020.

Pendapatan mer0sot kepada RM2.19 bilion berbanding RM2.33 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Perolehan daripada segmen p0s svsut 12 peratus akibat kelemb4pan dalam perkhidmatan pos berikutan penurunan dalam jumlah mel dan bungkvsan yang dikendalikan terutamanya daripada pelanggan k0ntrak.

Kerugian yang lebih tinggi yang dicatatkan untuk segmen p0s disumbangkan oleh skim pemisahan bersama sebanyak RM75.1 juta berbanding dengan RM41.6 juta yang disediakan semasa tahun kewangan 2020.

Sementara itu, segmen l0gistik mencatatkan kenaikan hasil berjumlah 10 peratus iaitu sebanyak RM345 .9 juta pada tahun ini yang datang daripada perniagaan pengurusan angkutan (daripada penghantaran barang) dan perniagaan aut0motif (sebahagian besarnya daripada permulaan perkhidmatan gudang baharu pada tahun ini).

Selain itu, segmen penerbangan menyumbang 33 peratus hasil yang lebih tinggi sebanyak RM216.1 juta susulan peningkatan sumbangan daripada pengendalian tan kargo yang lebih banyak.

Segmen-segmen lain yang merangkumi percetakan dan penyisipan, sijil digital dan Ar-Rahnu, mencatatkan perolehan sebanyak RM111.7 juta pada tahun semasa, lebih rendah lima peratus berbanding tahun kewangan 2020.

Kumpulan itu ketika bercakap mengenai pr0spek menjelaskan ia tetap optimis secara berhati-hati dengan prestasi kewangannya bagi tahun kewangan 2022 dengan memanfaatkan peluang, sambil mengubah dan mengukuhkan terasnya.

Ia menjangkakan pertumbuhan pada tahun kewangan 2022 bakal dicatatkan dalam perniagaan runcit, antarabangsa, l0gistik dan penerbangan, khususnya dengan pembukaan sempadan serta perniagaan yang akan mendapat sokongan permintaan untuk produk pengguna, pembuatan dan jumlah kargo.

“Kami berada di landasan dengan pemuIihan dan inisiatif transf0rmasi kami ditujukan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan serta kecekapan k0s, menambah hasil selain memberi tumpuan kepada keuntungan tambahan daripada segmen Perniagaan ke Pengguna (B2C), Terus ke Pelanggan (D2C) dan Perniagaan ke Perniagaan (B2B).

“Inisiatif kami mencatatkan kemajuan yang baik dengan tahap perkhidmatan pada tingkat tertinggi sepanjang masa, di atas penambahbaikan yang mantap dalam semua blok bangunan operasi utama termasuk pemacu perniagaan,” kata Pos Malaysia lagi.

sumber : Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *