Info Selebriti/Artis

Penyanyi lagu “selamanya” kini sah milik Fatihah

Kuala Lumpur: Penyanyi Usop Mentor, 24, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam majlis pernikahan di Pejabat Ag4ma Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, jam 10 pagi, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris bersaksikan bapa Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bapa Usop iaitu Muhammad Noor Ismail.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor berkata, dia berharap peminat serta orang ramai yang mengenalinya dapat mend0akan kebahagiaannya dengan Nur Fatihah sehingga akhir hayat.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terbabit dalam menjayakan majlis ini.

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yang terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

Menurup Usop, dia dan isteri tidak terburu buru untuk menimang cahaya mata.

“Kami serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba. Buat masa ini fokus kami adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” katanya.

Dalam majlis itu, Usop menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 dan seutas gelang emas buat Fatihah.

Usop turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas sembilan dulang. Majlis persandingan bagi pihak perempuan akan berlangsung malam ini di Pulau Pinang manakala majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari ini di Kulim, Kedah.

Usop dan Fatihah bertunang pada 4 November tahun lalu selepas dua tahun berkenalan.

Sumber : hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *