Semasa

Kess MeIonjak ke Angka 7. Ramai Mahu BataIkan Persiapan Baju dan Kuih Raya

PETALING JAYA – Ada yang sudah menempah kuih raya, baju raya dan tidak kurang juga yang sudah meran.cang cuti sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Itu antara perkongsian pengguna medial sosial mengenai peran.cangan mereka untuk sambutan hari raya pada tahun ini.

Bagaimanapun ‘impian’ itu seolah-olah kabur selepas kess harian C0vld19 hari ini meIonjak kepada angka 7,234 berbanding 5,720 kes yang direk0dkan semalam.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata mereka meIahirkan kebim bangan susulan lonjakan kess itu dan tidak mahu perayaan Aidilfitri tahun ini disambut sekali lagi secara aIam maya.

Tidak kurang juga yang mahu membatalkan tempahan kuih raya dan baju raya kerana bim.bang akan pelaksanaan Perintah KawaIan Pergerakan (PKP).

“Mungkinlah tahun ini raya di perantauan lagi? musnah impian nak bakar lemang sambil ‘selfie’ raya di kampung,” tulis Asan Naim.

“Selamat hari raya PKPD (PKP Diperketatkan) 2022. Kita raya ‘live’ tahun ini,” komen Hafizall MD. Zuki Fizalro.

Turut meninggalkan komen pengguna, Siti Rokiah yang mengakui sudah membuat tempahan baju dan kuih raya.

“Jangan tiba-tiba kata PKP lagi raya tahun ni. Aku batal tempahan kuih raya dan baju raya,” ujarnya.

Bagaimanapun, ada pengguna yang masih berharap mereka dapat pulang beraya dengan keluarga tercinta di kampung selepas dua kali beraya di perantauan.

“Saya yakin tidak akan ada PKP lagi, sebab kerajaan dah umum tiada lagi PKP di seluruh negara selepas ini,” tulis Maisarah Halim.

Senada dengan Maisarah Halim adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mie Kaduk.

“Tiada lagi PKP besar-besaran, yang ada hanya PKPD bersasar, jangan bimbang semua dapat balik beraya di kampung tetapi SOP (prosedur operasi standard) kena patuh,” nasihatnya.

Sumber : k!online

Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang komen yg diberikan oIeh pembaca kami. Komen itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb tersebut.

LIKE & FOLLOW kami di FB page Kisah Panass

Ikuti juga artikel menarik yang kami kongsikan di bawah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *